Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

"Keajaiban" - Lelaki Akhirnya Bangun Daripada Koma Selepas 10 Tahun Dijaga Isteri

Kisah dedikasi Sun Hongxia kepada suaminya telah menyentuh hati ramai orang.

Cover image via SCMP

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Seorang lelaki di China tersedar daripada koma selepas 10 tahun dijaga dengan tulus oleh isteri tercintanya

Kisah dedikasi Sun Hongxia kepada suaminya dari Wilayah Timur Anhui di China itu telah menyentuh hati ramai orang.

Difahamkan, Sun mula menjaga suaminya selepas dia koma berikutan serangan jantung pada tahun 2014.

Menurut laporan, Sun dengan tulus menjaga suaminya dan berpegang teguh pada kepercayaan bahawa dia akan bangkit dari komanya suatu hari nanti.

Image via SCMP

Anak-anak menjadi kekuatan untuk terus kekal kuat demi menjaga suaminya selama 10 tahun

Sun berkata dua anaknya memberi inspirasi kepadanya untuk kekal kuat sepanjang pengalaman traumatik selama 10 tahun itu.

"Walaupun saya sangat penat, saya rasa semuanya berbaloi kerana keluarga kami kini disatukan semula.

“Saya ingin menunjukkan contoh yang baik kepada anak-anak,” katanya.

Keadaan itu menyebabkan suaminya mengalami masalah fungsi badan seperti bernafas dan membuang air besar, serta sukar makan. Keadaan ini perlu diselesaikan melalui trakeotomi dan kateter kencing.

Image via SCMP

Malah, bapa mentuanya juga memuji ketulusan Sun yang menjaga suaminya yang koma selama 10 tahun.

"Dia menantu saya, tetapi sebenarnya dia lebih baik daripada seorang anak perempuan, tiada siapa yang dapat menandinginya," kata lelaki itu.

Kisah ini telah menyentuh ramai di media sosial dan menjadi inspirasi buat buat orang di luar sana yang mengalami nasib yang sama.

Ikhlas betul cinta seorang isteri pada suaminya :)

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment