Kecewa Tak Dapat Naik Bas RapidKL, Pelancong Jerman Kritik Pula Kemudahan Awam Di Malaysia
Pula dah.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Satu insiden yang mengecewakan berlaku kepada beberapa pelancong dari Jerman apabila mereka tidak dibenarkan untuk menggunakan bas RapidKL
Insiden ini dirakam dan dikongsikan oleh pengguna TikTok @big_laddo, yang menunjukkan ketidakpuasan hatinya bersama rakannya selepas mereka didakwa telah dilarang daripada menaiki bas di perhentian Batu Caves di Gombak, Selangor.
Menerusi video tersebut, seorang lelaki Jerman dan dua wanita dilihat turun dari bas selepas berbual dengan pemandu bas.
Lelaki tersebut kemudian menjelaskan kekecewaannya, menyatakan bahawa mereka telah menunggu bas untuk waktu yang lama dan akhirnya dilarang untuk menaiki bas.
Image via @big_laddo (TikTok)
Tidak boleh menaiki bas kerana mereka tidak memiliki kad Touch ‘n Go
Difahamkan, mereka tidak boleh menaiki bas kerana mereka tidak memiliki kad Touch ‘n Go, yang diperlukan untuk membayar tambang pengangkutan awam di Malaysia.
Pelancong asing ini juga mengakui ketidaktahuan mereka tentang keperluan kad tersebut dan bagaimana cara untuk memperolehnya.
Mereka juga turut mengkritik perhentian bas yang didakwanya kotor, tiada tempat duduk atau bumbung dan papan tanda yang sudah usang sehingga menyukarkan pengguna untuk mendapatkan maklumat.
Lihat video penuh itu di bawah:
Sebab tu pentingnya research dulu sebelum nak pergi ke mana-mana pun :)
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!
Image via SAYS Seismik
Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:
Leave a comment