seismik

KTMB Umum Laluan Kereta Api Khas Ke Hat Yai Dengan Harga Tiket Bermula Dari RM95

Tempah percutian 2024 anda sekarang!

Cover image via Traveller & KTMB

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

KTM Berhad (KTMB) telah menyusun perkhidmatan kereta api khas dari KL Sentral ke Hat Yai, Thailand yang akan beroperasi pada tarikh tertentu sepanjang tahun

Pelancong boleh menikmati perjalanan selama empat hari bermula dari RM95 seorang (duduk). Anda juga boleh menempah tempat tidur di dalam sleeper train pada harga RM109 (katil atas) dan RM119 (katil bawah) seorang, satu hala.

My Sawasdee adalah perkhidmatan kereta api khas yang tidak banyak hentian berbanding dengan perkhidmatan kereta api ETS biasa. Ini bermakna akan lebih menjimatkan masa perjalanan penumpang.

Kereta api My Sawasdee akan beroperasi dari KL Sentral ke Hat Yai dan pulang pada lapan tarikh berikut:

  • 11 April - 14 April
  • 31 Mei - 3 Jun
  • 5 Julai - 8 Julai
  • 31 Oktober - 3 November
  • 29 November - 2 Disember
  • 6 Disember - 9 Disember
  • 13 Disember - 16 Disember
  • 23 Disember - 26 Disember

Bermula dari KL Sentral, kereta api My Sawasdee akan berhenti di stesen Tanjung Malim, Ipoh, Taiping dan Padang Besar

Penumpang perlu turun di stesen Padang Besar untuk melalui imigresen Malaysia dan Thailand sebelum naik semula kereta yang sama untuk sambung perjalanan.

Kereta api akan berlepas dari KL Sentral pada pukul 10.50 malam (masa Malaysia) dan tiba di Hat Yai pada pukul 8.50 pagi (masa Thailand) keesokan harinya.

Pulang dari Hat Yai, kereta api akan berlepas pada pukul 10.20 pagi (masa Thailand) dan tiba di KL Sentral pada pukul 10.52 malam (masa Malaysia) pada hari yang sama.

Anda boleh mula menempah tiket bermula dari hari keempat setiap bulan untuk bulan seterusnya.

Berikut adalah jadualnya:

Image via KTMB

Anda boleh membeli tiket di aplikasi Mudah Alih KTMB atau di laman web rasmi mereka

Pilih 'KL Sentral' sebagai stesen asal anda dan 'Hat Yai' sebagai destinasi anda, kemudian pilih tarikh yang disenaraikan sebelum ini pada tarikh pembukaan jualan tiket. Penumpang juga boleh memilih stesen permulaan lain selain KL Sentral seperti yang dinyatakan dalam jadual tambang.

Sila ambil perhatian bahawa KTMB berhak untuk mengubah tarikh pembelian tiket pada bila-bila masa tanpa notis terlebih dahulu.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

You may be interested in: