seismik

Bil Elektrik Anda Lebih RM220 Sebulan? Ada Cukai Perkhidmatan 8% Dikenakan Mulai 1 Mac Ini

Lebih 85% pengguna domestik menggunakan elektrik kurang 600 kWj sebulan.

Cover image via Sinar Harian & The Star

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Sebagai sebahagian daripada senarai reformasi cukai kerajaan tahun ini untuk meningkatkan kedudukan kewangan negara, cukai perkhidmatan dijangka meningkat kepada 8 peratus dari 6 peratus pada masa kini

Menerusi laporan Berita Harian, hanya pengguna yang guna lebih daripada 600 kilowatt joule (kWj) atau bil melebihi RM220 sebulan yang akan dikenakan cukai perkhidmatan 8 peratus pada bil mereka.

Lebih 85 peratus pengguna domestik yang penggunaan elektrik bulanannya sebanyak 600 kilowatt jam (kWj) dan ke bawah akan terus menikmati cukai perkhidmatan sifar bagi bil elektrik mereka, kata Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Datuk Johan Mahmood Merican.

"Kami tidak menukar peraturan untuk mereka yang dikenakan cukai perkhidmatan, kami hanya ingin menjelaskan bahawa pada masa ini, cukai perkhidmatan (enam peratus) dikenakan ke atas segmen ini (penggunaan elektrik lebih daripada 600 kWj sebulan), yang mana segmennya agak kecil," katanya.

Image via Sinar Harian

Pengguna elektrik komersial dan industri juga tidak akan dikenakan cukai perkhidmatan

Tambahnya lagi, pengguna elektrik komersial dan industri juga tidak akan dikenakan cukai perkhidmatan kerana selama ini mereka tidak dikenakan cukai itu.

Begitu juga dengan cukai perkhidmatan tidak akan dikenakan ke atas bil air.

Namun, kenaikan itu tidak termasuk perkhidmatan seperti makanan dan minuman (F&B), telekomunikasi, ruang parkir kereta dan perkhidmatan logistik yang merangkumi penghantaran barangan.

Untuk bil sebanyak RM220, cukai perkhidmatan 8 peratus akan membawa jumlah sebanyak RM17.60, menjadikan jumlah keseluruhan bil adalah RM237.60.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: