Life Asrama Tak Semudah Di Rumah, Aksi Dua Pelajar Masak Air Guna Iron Ini Curi Tumpuan
Wow, kreatif!
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Kehidupan tinggal di asrama merupakan sesuatu perkara yang menyeronokkan
Hal ini kerana, pelajar yang tinggal di asrama dapat belajar hidup berdikari tanpa bantuan ibu dan bapa di sisi. Pengalaman suka dan duka inilah yang akan mereka ingat sampai akhir hayat.
Sama seperti video di TikTok yang tular baru-baru ini berkenaan cara dua pelajar asrama memasak air telah mencuri tumpuan ramai.
Lihat video penuh itu di bawah:
Tak pernah dibuat orang, dua pelajar ini kreatif masak air guna seterika
Menerusi video yang dikongsi oleh @kal_quotes, kelihatan dua pelajar lelaki sedang berada di dalam bilik asrama yang tidak dikenal pasti.
Namun, apa yang mengejutkan ramai adalah apabila dua orang pelajar tersebut sedang gigih memasak air menggunakan seterika yang tidak ramai orang gunakan cara itu.
Mereka dilihat menuangkan sedikit demi sedikit air di atas seterika yang panas sambil air tersebut mengalir masuk ke dalam botol air. Memang kreatif dan tidak dijangka!
Image via @kal_quotes (TikTok)
"Asrama kau ni takkan water cooler pun tak ada?" - Netizen
Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 1.3M views, 107.4K likes serta 2.5K comments di TikTok.
Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut memberikan pelbagai reaksi selepas melihat video tersebut. Malah, ada yang mempersoalkan kekurangan fasiliti di asrama tersebut.
Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:
Image via @kal_quotes (TikTok)
Image via @kal_quotes (TikTok)
Image via @kal_quotes (TikTok)
Image via @kal_quotes (TikTok)
Image via @kal_quotes (TikTok)
Ya faham, memang duduk asrama semua orang automatic jadi kreatif :D
Image via giphy.com
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik
Baca lagi artikel menarik lain hanya di SAYS Seismik:
Leave a comment