Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

Kejohanan 'Bola Jalanan VOCKET 3v3' Bakal Gegarkan Karnival Jom Heboh Bulan Jun Depan

Juara akan membawa pulang hadiah wang tunai RM1,000 bersama 5 pingat emas dan jersi edisi terhad VOCKET.

Cover image via Pahang Rangers (Facebook)

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Buat julung kalinya satu Kejohanan Bola Jalanan VOCKET ‘3v3’ akan berlangsung selama tiga hari di Karnival Jom Heboh (KJH) bersempena ulang tahun ke-20 KJH

Kejohanan ini dianjurkan bagi merealisasikan hasrat kerajaan untuk mewujudkan rakyat Malaysia yang cergas dari segi fizikal dan cerdas dari segi mental.

Menurut Pegawai Pemasaran Portal VOCKET, Saiful Bahari, berkata kejohanan ini merupakan salah satu tarikan baharu di KJH pada tahun ini yang akan berlangsung di perkarangan Stadium Shah Alam pada 2 hingga 4 Jun depan.

"Kami tampil berbeza untuk edisi KJH pada tahun ini kerana sebelum ini kami berhubung dengan para pengunjung menerusi aktiviti-aktiviti di pentas. Tetapi kali ini kami akan adakan Kejohanan Futsal Jalanan VOCKET ‘3v3’.

"Fokus kami bukan sahaja untuk melahirkan rakyat Malaysia yang menitikberatkan hidup sihat, tetapi untuk menghubungkan lagi VOCKET dengan pembaca di luar sana. 

Sebagai salah satu penyedia kandungan berita terkini sukan bola sepak dalam dan luar negara, kami berbesar hati ingin menjemput peminat setia bola sepak untuk sama-sama memeriahkan Kejohanan Bola Jalanan VOCKET ini nanti," kata Saiful.

Image via Vocket

Permainan akan berlangsung selama 10 minit; 5 minit untuk separuh masa pertama dan 5 minit untuk separuh masa kedua

Tiga pemain akan bermain pada satu-satu masa dan disebabkan ini kejohanan bola sepak jalanan, bola perlu berada di 'ground' sahaja dan bola tinggi paras pinggang adalah tidak dibenarkan.

"Perlawanan akan berlangsung secara 3 sebelah dan setiap pasukan boleh mendaftar maksima 5 orang pemain sahaja.

"Pemenang tempat pertama akan memenangi hadiah wang tunai RM1,000 bersama 5 pingat emas, wang tunai RM700 bersama 5 pingat perak untuk naib juara dan RM400 bersama pingat gangsa untuk pemenang tempat ketiga.

"Selain itu, setiap pemenang turut akan menerima jersi edisi terhad VOCKET yang cuma dihasilkan sempena KJH sahaja. Pada setiap edisi KJH yang kami sertai tahun lalu, jersi yang kami hasilkan (berbeza rekaan di setiap lokasi) sangat terhad dan ia laris seperti pisang goreng panas.

Tahun ini jika anda mahu jersi ini, anda perlu muncul sebagai juara atau menyertai aktiviti yang kami sediakan di KJH nanti.

Jadi jangan lupa untuk ke KJH2023 Shah Alam nanti dan anda mungkin pemenang yang kami cari," kata Saiful.

VOCKET akan mengadakan kejohanan ini selama tiga hari bermula 2 hingga 4 Jun 2023 pada 8 pagi hingga 6 petang.

Terhad kepada 32 pasukan yang terdiri daripada tiga orang pemain termasuk dua pemain gantian, kejohanan ini terbuka kepada semua individu berusia 18 tahun ke atas.

Lebih menarik, terdapat pelbagai hadiah lumayan menanti seperti wang tunai RM1,000 bersama lima pingat emas bagi juara, wang tunai RM700 bersama lima pingat perak bagi naib juara dan RM400 bersama pingat gangsa untuk pemenang tempat ketiga.

Bukan itu sahaja, pemenang turut akan menerima jersi edisi terhad VOCKET yang hanya dihasilkan sempena KJH sahaja.

Image via Vocket

Layari laman web https://bolajalanan.vocketfc.com dan buat bayaran penyertaan sebanyak RM200 (untuk setiap pasukan)

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment