Kelantan Catat Rekod Jadi Negeri Tertinggi Jumlah Perkahwinan Remaja Bawah Umur
Umur minimum perkahwinan ditetapkan pada 18 tahun bagi lelaki dan 16 tahun bagi perempuan.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Sebanyak 881 perkahwinan bawah umur direkodkan sejak 2022 hingga tahun lalu, termasuk 518 membabitkan remaja perempuan
Perkara itu ditegaskan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Mohd Na’im Mokhtar.
Menerusi laporan Buletin TV3, Kelantan merekodkan jumlah tertinggi dengan 193 perkahwinan, diikuti Selangor (133), Kedah (126), Terengganu (115), Johor (73), Sabah (63), Pahang (51), Perlis (39), Negeri Sembilan (38), Wilayah Persekutuan (27), Melaka (19) dan Pulau Pinang (4).
Sementara itu, untuk memastikan prosedur permohonan perkahwinan bawah umur dipatuhi, beliau berkata Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) telah menyediakan prosedur operasi standard (SOP) khusus yang berkuat kuasa sejak 28 September 2018.
"SOP ini menekankan aspek kemaslahatan kanak-kanak yang ingin berkahwin, di mana Mahkamah Syariah perlu membuat penilaian teliti sebelum memberikan kebenaran," katanya.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar.
Image via Buletin TV3
Rancang pelan strategi bagi menangani punca perkahwinan bawah umur
Dalam pada itu, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) turut membentangkan model pengurusan perkahwinan bawah umur seperti yang dilaksanakan di Selangor dan Wilayah Persekutuan untuk diguna pakai di negeri lain.
Mohd Na’im, memberitahu, JAKIM juga bekerjasama dengan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) dalam menjayakan Pelan Strategi Kebangsaan Bagi Menangani Punca Perkahwinan Bawah Umur.
Di bawah Seksyen 8 Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984, umur minimum perkahwinan ditetapkan pada 18 tahun bagi lelaki dan 16 tahun bagi perempuan.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik
Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:
Leave a comment