Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

"Kemain Mengekek" - Letak Filter Masa Ibu Solat, Dua Beradik Terhibur Ini Cuit Hati Ramai

Sampai gelak ikut hidung, comel betul!

Cover image via @salihahsekeri (TikTok)

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Bagi ibu bapa yang memilik anak-anak sudah pasti terbiasa dengan ragam dan kerenah mereka

Ada saja perangai mereka yang mencuit hati para ibu bapa. Kadangkala, kita pun sampai terhibur melihat gelagat mereka yang banyak telatah itu. 

Sama seperti video yang tular baru-baru ini di TikTok apabila dua adik beradik cuba letak filter masa ibu solat telah mencuri tumpuan. 

Lihat video penuh itu di bawah:

Ibu jadi Ultraman, dua adik beradik tak berhenti mengekek sebab
terhibur

Menerusi video berkenaan, kelihatan seorang wanita yang merupakan ibu budak kecil sedang solat di bilik. 

Apa yang lebih menghiburkan adalah apabila anak-anaknya dilihat bermain telefon sambil merakam ibunya dengan menggunakan filter Ultraman. Dua beradik itu tidak berhenti gelak dan mengekek kerana ibunya dilihat menjadi Ultraman. 

Cara mereka berdua gelak itu menarik perhatian ramai kerana gaya mereka sakan ketawa itu seolah-olah tidak berhenti sampai ada yang gelak ikut hidung. 

Lihat video sambungan itu di bawah: 

"Bukan main kau gelak angin dik, terhibur kita ni dengar" - Netizen

Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 700K tontonan, 69K tanda suka dan 1K komen di TikTok, rata-rata netizen turut terhibur mendengar gelak tawa mereka. 

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Image via @salihahsekeri (TikTok)

Image via @salihahsekeri (TikTok)

Image via @salihahsekeri (TikTok)

Image via @salihahsekeri (TikTok)

Terhibur betul dengar diorang gelak, comel! :D

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment