'Kami Dibuli Setiap Hari' - Kembar 7G Iera Dan Ieka Tajudin Dedah Sisi Gelap Hidup
Buli tak fun guys, tak fun langsung.
Masih ingat lagi kembar 7G, Iera dan Ieka Tajudin?
Image via Instagram @ieka.tajudin
Tahun lepas sekitar Julai 2018, media sosial Malaysia digegarkan dengan isu seorang pelajar yang menyalahkan guru-guru dan pihak sekolah atas kegagalannya dalam peperiksaan.
Pelajar tersebut, Ieka atau nama penuhnya Siti Norsyahfiqah Tajudin, 18, melakukan sedemikian menerusi video 'Instagram Live' selepas menerima keputusan buruk 7G dan 2E untuk peperiksaan pertengahan tahun.
Boleh tengok video di sini.
Selepas video itu viral, keputusan peperiksaan pertengahan tahun Ieka telah dibongkarkan di Twitter dan menjadi bahan kecaman netizen
Image via Twitter
Ieka merupakan seorang public figure yang popular di Instagram, bersama kembarnya, Siti Norsyakirah atau lebih dikenali sebagai Iera
Image via Instagram @iera.tajudin
Kedua-dua mereka, Ieka Tajudin dan Iera Tajudin masing-masing mempunyai pengikut kira-kira 500k di Instagram dan kini dikenali dengan gelaran 'Kembar 7G'.
Baru-baru ini, Ieka dan Iera membuat pendedahan sebenar mengenai isu 7G tersebut menerusi sebuah video di YouTube
Image via Ieka & Iera Cosmetic TV / YouTube
Dalam video tersebut, mereka berdua mendedahkan bagaimana mereka diugut, dibuli, dicaci, dan dibenci semasa berada di bangku sekolah, dan perkara ini berlaku hampir setiap hari.
Populariti dan rupa paras mereka membuatkan mereka menjadi perhatian orang ramai, sehingga menimbulkan rasa kurang senang terhadap beberapa pihak termasuk guru-guru di sekolah berkenaan.
"Belum masuk sekolah lagi kami dah diugut," kata Iera
Image via Instagram @ieka.tajudin
Menurut Iera, mereka berdua sudah pun menerima ugutan sebelum melangkah masuk ke sekolah lagi. Dari situ juga mereka sudah tahu bahawa kehidupan mereka di sekolah tidak akan mudah, dan pasti akan menjadi mangsa buli pelajar-pelajar lain.
Ieka pula menambah, "Masa mula-mula kami masuk sekolah itu, kami jadi perhatian dan ramai yang sukakannya. Tapi lama-kelamaan, segalanya berubah. Rakan-rakan mula menjauhkan diri daripada kami, guru-guru pun mula tak sukakan kami, sehingga kami sendiri tertanya-tanya di mana silap kami sebenarnya?"
Sampai satu tahap, mereka berdua tiada siapa-siapa lagi selain ibu bapa dan mereka membuat keputusan untuk berhenti sekolah kerana tidak tahan dibuli setiap hari
Image via Instagram @ieka.tajudin
"Hampir setiap hari kami mengadu kepada ibu kami kerana kami tiada tempat bergantung lain selain ibu dan bapa kami. Merekalah yang memberi nasihat dan kata-kata semangat, dan meminta kami untuk habiskan sesi persekolahan yang hanya berbaki beberapa bulan.
"Tetapi kami tidak tahan, kami tidak mahu kembali ke sekolah dan membuat keputusan untuk berhenti," kata Iera sambil menangis.
Menurut mereka lagi, keputusan 7G itu pun sebenarnya disebarkan oleh rakan karib mereka sendiri yang mereka sangat percayakan
Image via Instagram @iera.tajudin
Semuanya berpunca daripada pergaduhan kecil. Perasaan tidak berpuas hati menyebabkan rakan mereka itu menyebarkan keputusan Peperiksaan Pertengahan Tahun milik Ieka yang jelas tertera 7G tersebut.
"Pada mulanya, kami pun tak tahu apa itu 7G. Ramai yang sebut 7G di ruangan komen tapi kami bingung. Kami tidak tahu apa-apa. Rupa-rupanya selepas itu, baru kami tahu bahawa rakan karib kami sendiri telah menyebarkan keputusan peperiksaan kami di Internet.
"Sebenarnya, kami mendapat keputusan 7G sebab kami tak jawab peperiksaan pun. Keadaan sekeliling kami yang selalu membuli kami membuatkan kami terlalu down dan stress sehingga kami tak nak jawab exam. Kami terlalu sakit hati tetapi tiada apa yang boleh kami lakukan," kata Iera lagi.
Mereka mengakui kesilapan mereka mengecam sekolah dan guru-guru, namun berpendapat bahawa tindakan sesetengah pihak menjatuhkan air muka mereka juga salah
Image via Ieka & Iera Cosmetic TV / YouTube
"Ya, memang saya salah kerana bertindak mengecam sekolah dan guru-guru, tetapi perlu ke sebarkan gambar IC saya? Tindakan itu juga salah kerana mengaibkan saya.
"Bayangkan jika ada pihak yang berniat jahat menggunakan butiran peribadi saya itu untuk menculik saya atau mengapa-apakan saya. Anda tak terfikir? Hanya kerana satu kesalahan saya, terus saya dihukum," ujar Ieka.
Iera dan Ieka ingin membuktikan walaupun mereka tiada SPM, mereka tetap boleh berjaya dan sentiasa melangkah ke hadapan
Saksikan confession penuh mereka di bawah:
Bagi sesiapa yang terlepas kapal, boleh baca di sini:
Leave a comment