Walaupun Dapat 7G2E, Pendapatan Kembar 'Instafamous' Ini Cecah RM12,000 Sebulan!
Tebal beg duit.
Media sosial Malaysia masih belum reda dengan isu seorang pelajar sekolah menyalahkan guru-guru dan pihak sekolah atas kegagalannya dalam peperiksaan
Walaupun isu ini berbangkit beberapa hari lalu, masih ramai orang yang membincangkan tentangnya sehingga ke hari ini.
Pelajar tersebut, Ieka atau nama penuhnya Siti Norsyahfiqah Tajudin, 17, baru-baru ini menyalahkan guru-guru dan pihak sekolah menerusi video 'Instagram Live' selepas menerima keputusan buruk 7G dan 2E untuk peperiksaan pertengahan tahun.
Video itu dipercayai dirakam melalui akaun Instagram milik ibunya. Saksikan sedikit sedutan di bawah:
Selain menyalahkan guru, Ieka juga memberitahu bahawa dia telah berhenti belajar di sekolah tersebut dan kembali ‘bersekolah di rumah’ di mana dia diajar oleh ibunya.
Selepas video itu viral, keputusan peperiksaan pertengahan tahun Ieka telah dibongkarkan di Twitter dan menjadi bahan kecaman Netizen.
Ieka merupakan seorang public figure yang popular di Instagram, bersama kembarnya, Siti Norsyakirah atau lebih dikenali sebagai Iera
Kedua-dua mereka mempunyai lebih daripada 430,000 followers.
Dengan jumlah pengikut yang begitu ramai, mereka berdua telah banyak melakukan paid reviews dan selalu mendapat tajaan daripada pelbagai jenama dan syarikat sejak tahun lepas.
Malah, seorang netizen iaitu @mieja_ibrahim di Twitter menganggarkan jumlah pendapatan kembar ini mampu mencecah sehingga RM12,000 sebulan!
Mereka baru berusia 17 tahun dan masih bersekolah tetapi pendapatan bulanan RM12,000 mereka mengalahkan gaji orang yang telah bekerja selama bertahun-tahun.
Jadi, apalah sangat keputusan 7G2E itu, kan?
Jadi, tidak hairanlah kenapa pelajar sekolah zaman sekarang masing-masing sibuk nak mengejar populariti di media sosial. Mana tahu boleh hidup senang.