Kembar '7G' Selamat Bernikah, Main Teka-Teki Siapa Bakal Timang 'Baby Twins' Dulu
Tahniah.
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Sebut saja pasal selebriti media sosial iaitu kembar 7G, pasti ramai yang pernah mendengar kontroversi mengenai mereka bukan?
Dua orang kembar yang bernama Ieka Tajudin dan Iera Tajudin dulu pernah menggemparkan rakyat Malaysia dengan kontroversi mereka apabila telah menyalahkan guru kerana memperoleh keputusan 7G dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
Namun begitu, kedua-dua gadis itu tetap menjalani kehidupan mereka seperti biasa tanpa menghiraukan sebarang komen-komen negatif daripada netizen.
Baru-baru ini, Ieka telah memuat naik satu posting di Instagram dengan mengucapkan tahniah kepada kembarnya iaitu Iera kerana sudah selamat bergelar isteri.
Lihat posting penuh itu di bawah:
Harap dapat baby twins, tak sabar nak timang cahaya mata sama-sama
Menerusi posting itu, selain mengucapkan tahniah atas pernikahan kembarnya itu, Ieka juga telah memuat naik satu lagi posting yang telah menarik perhatian netizen.
Dia menulis kapsyen "Lepasni agak-agak siapa yang akan dapat baby twins?, kita tengok jelah" di laman Instagramnya itu.
Dia seolah-olah bermain teka-teki dengan pengikut mereka mengenai siapa di antara mereka yang akan menimang cahaya mata kembar seperti mereka berdua pada masa akan datang.
Lihat posting penuh itu di bawah:
"Boleh jadi dua-dua akan dapat nanti" - Netizen
Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen juga mendoakan agar mereka berdua dikurniakan cahaya mata kembar.
Malah, ada juga yang meminta agar mereka bergurau dengan membuat bakal anak itu nanti keliru setelah melihat wajah mereka berdua yang sangat seiras.
Ketika artikel ini ditulis, posting berkenaan telah meraih 19.9K likes dan 45 comments di laman Instagram.
Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di Instagram:
Image via @ieka.tajudin (Instagram)
Image via @ieka.tajudin (Instagram)
Image via @ieka.tajudin (Instagram)
Image via @ieka.tajudin (Instagram)
Tahu-tahu je dah selamat berkahwin dah dua orang ni ya. Semoga perkahwinan mereka berkekalan :)
Image via SAYS Seismik
Lagi artikel terkini hanya di SAYS Seismik:
Leave a comment