Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

Kenali Mokky's Pizza, Jenama Piza Tempatan Popular Dari Bukit Jelutong, Selangor

Diasaskan sendiri oleh empat orang anak muda dari pelbagai latar belakang.

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Bagi korang yang datang ke Shah Alam, Selangor, jangan lupa letakkan 'checklist' tempat makan wajib singgah ke Mokky's Pizza!

Terletak di Jalan Bazar U8/100 di Bukit Jelutong, restoran piza ini diasaskan oleh empat orang anak muda tempatan dari Selangor dan ia dibuka setiap hari kecuali Selasa dari pukul 11 pagi hingga 10 malam.

Keenakan dan kelainan yang ditampilkan dalam piza yang dijual oleh mereka sangat memenuhi citarasa dan selera rakyat Malaysia.

Mokky's Pizza menawarkan 11 jenis piza bersaiz 8, 12 dan 16 inci. Antaranya adalah Duck-Ah!, Nostalgia, Holy Pep!, Fake Margherita, Ayam Tropika, Alfredo Chicken, Mellow Mushroom, Beef Salami, Chicken BBQ, Beef Pepperoni dan NY Cheese.

Mokky's Pizza sangat memenuhi citarasa dan selera rakyat Malaysia.

Image via @mokkyspizza (Instagram)

Mokky's Pizza diasaskan oleh empat orang anak muda tempatan dari Bukit Jelutong, Shah Alam, Selangor.

Image via @mokkyspizza (Instagram)

Piza Fake Margherita antara menu paling laris di Mokky's Pizza

Menurut salah seorang pengasas Mokky's Pizza, Muhammad Shahmi Shaharudin, atau lebih dikenali sebagai Mokky yang namanya diambil sempena jenama restoran piza itu, berkongsi bahawa keindahan piza gaya New York terletak pada keupayaannya untuk menahan berat untuk topping, berbanding dengan piza Itali.

Jangan lupa untuk pesan piza klasik iaitu Beef Pepperoni yang rangup bersama keju mozarela dan sos tomato. Nampak ringkas tetapi inilah piza yang menjadi kegemaran ramai.

Antara seleksi menu yang ditawarkan di Mokky's Pizza.

Image via Akmal Redzwan/SAYS Seismik

Mokky's Pizza terletak di Jalan Bazar U8/100 di Bukit Jelutong, Shah Alam, Selangor.

Image via @mokkyspizza (Instagram)

Bagi korang yang inginkan kelainan rasa, bolehlah cuba perisa Alfredo Chicken. la menggunakan sos istimewa Alfredo buatan sendiri bersama isi ayam panggang dan bayam yang memberikan rasa sedikit lemak dan berjus.

Dalam pada itu, korang juga boleh mencuba menu paling laris di Mokky's Pizza iaitu Fake Margherita yang menggunakan bahan seperti sos tomato Itali bersama taburan daging kerbau, keju mozarela, daun basil dan minyak zaitun.

Selain piza, korang juga boleh mencuba pelbagai menu pasta antaranya ialah Salty Chick, Bebola Daging, Basic White Mellow, The Green Thing, Beef Ragu dan Smoking Olio.

Menu sampingan lain yang terdapat di sini termasuklah Moza Sticks, Wow Fries, Mac & Cheese, Buff Wings, Wing Man dan banyak lagi.

Mokky's Pizza buka cawangan baharu di Bukit Tunku, Kuala Lumpur

Image via @mokkypizza (Instagram)

Berita baik bagi korang yang tinggal berdekatan Kuala Lumpur, Mokky's Pizza baru-baru ini turut mengumumkan cawangan kedua mereka yang dibuka di Bukit Tunku, Kuala Lumpur.

Untuk permulaan, cawangan baharu itu hanya dibuka dari pukul 12 tengahari hingga 8 malam setiap hari kecuali Selasa. Jadi jangan lepaskan peluang korang untuk singgah di cawangan baharu ini okay!

Bagi korang ingin mengikuti perkembangan Mokky's Pizza, bolehlah mengikuti Facebook mereka di Mokky's Pizza atau Instagram - @mokkyspizza!

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik lain hanya di SAYS Seismik:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment