Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

"Kenapa Ayah Tak Tunggu?"- Bapa Meninggal 4 Hari Sebelum Majlis Pernikahan Anak. Sebaknya

Innalillahiwainnailayhiraji'un.

Cover image via Twitter @syzssyfqh

Hari pernikahan merupakan hari yang sangat membahagiakan dan juga istimewa terutamanya buat setiap orang

Gambar sekadar hiasan.

Image via Instagram @ardellaryana

Namun, dalam gembira tentunya ada momen yang sedih apabila seorang bapa harus melepaskan tanggungjawab terhadap anak perempuannya setelah sekian lama dijaga kepada pihak lelaki.

Ketika itu, si bapa hanya mampu berharap supaya bakal suami anak perempuan dapat menjaganya dan mencurahkan kasih sayang sepertimana yang dilakukan olehnya.

Bagaimanapun, berbeza dengan wanita ini yang kehilangan bapanya 4 hari sebelum majlis perkahwinannya

Dikenali sebagai Syaa yang berkongsi kisah tersebut di laman Twitter miliknya, dia menjelaskan perasaannya yang sedikit terkilan kerana kehilangan bapa tersayang sebelum hari bahagianya berlangsung. 

Setakat artikel ini ditulis, perkongsiannya itu mendapat 4.3 ribu ulang kicau dan 8.8 ribu tanda suka. 

Semasa hari pertunangannya.

Image via Twitter @syzssfyqh

Baca perkongsian penuh di bawah:

Susulan itu, ramai memberikan ucapan takziah kepada wanita tersebut serta ada juga yang mengucapkan selamat pengantin baru kepadanya

Bukan mudah untuk menghadapi kehilangan insan tersayang apatah lagi beberapa hari sebelum hari bahagia. Semoga wanita ini kekal tabah dan dipermudahkan semuanya semasa majlis nanti.

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Baca juga artikel ini:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment