Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

"Kenderaan Perlahan" - Ramai Puji Cara ECO Shop Buat Iklan Guna Billboard Versi Komik Ini

Terbaik marketing.

Cover image via @mxtyie (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Periklanan billboard dikatakan sudah lapuk dan tidak selari dengan teknologi moden pada masa kini

Namun, periklanan jenis ini masih boleh menjadi cara yang berkesan untuk membina kesedaran jenama dan menarik pelanggan.

Iklan billboard biasanya diletakkan di kawasan traffic yang tinggi, seperti di sepanjang lebuh raya. Jadi ia dapat dilihat oleh bilangan pemandu yang paling ramai.

Baru-baru ini, tular sebuah video di TikTok berkenaan cara ECO Shop membuat periklanan menggunakan billboard telah menarik perhatian ramai. 

Lihat video penuh itu di bawah: 

Jalam jammed sebab pemandu baca komik dekat billboard

Menerusi video yang dimuat naik oleh @mxtyie, kelihatan situasi kesesakan lalu lintas di sebuah lebuh raya yang tidak dikenal pasti.

Namun, apa yang menarik perhatian ramai adalah apabila beberapa billboard di situ memaparkan sambungan komik oleh jenama ECO Shop. 

Pemilik video menulis di ruangan kapsyen bahawa kebanyakan kereta di lebuh raya itu bergerak secara perlahan kerana ingin membaca sambungan komik di billboard tersebut.

Image via @mxtyie (TikTok)

Image via @mxtyie (TikTok)

Image via @mxtyie (TikTok)

"Pandai marketing ECO Shop! Salah satu langkah terbaik untuk perlahankan kenderaan. Tapi kena tukar cerita setiap minggu lah" - Netizen

Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut memuji cara periklanan ECO Shop menggunakan billboard tersebut. Malah, ada juga yang berpendapat bahawa ia dapat membantu mengurangkan risiko kemalangan jalan raya.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah mendapat 719.1K views, 95.2K likes dan 1K comments di TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Image via @mxtyie (TikTok)

Image via @mxtyie (TikTok)

Image via @mxtyie (TikTok)

Image via @mxtyie (TikTok)

Bagus iklan macam ni. Tak perlu sentuh isu sensitif pun dah boleh buat orang baca dan ingat :D

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Image via Raya Havoc 2022

Baca lagi artikel menarik lain hanya di SAYS Seismik:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment