Kerajaan Pertimbang Wujudkan Caj Kesesakan Bagi Kurangkan Trafik Di Kuala Lumpur
Difahamkan, inisiatif tersebut masih di peringkat kajian.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Kesesakan trafik di Kuala Lumpur dijangka dapat dikurangkan 20 peratus sekiranya caj kesesakan dilaksanakan
Menerusi laporan Bernama, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Dr Zaliha Mustafa berkata kadar yang dikenakan hendaklah diletakkan pada nilai yang boleh menyurutkan pengguna trafik bagi memastikan keberkesanan inisiatif yang masih dalam kajian itu.
"Tetapi kerajaan juga tidak mahu caj berkenaan menambah beban pengguna jika diletakkan terlampau tinggi,” katanya ketika menjawab soalan Datuk Azman Nasrudin (PN-Padang Serai) di Dewan Rakyat pada Khamis.
Menurut Dr Zaliha, kajian Prasarana Malaysia Berhad pada 2020 menunjukkan negara menanggung kerugian sebanyak RM20 bilion akibat kesesakan jalan raya.
Kajian pelaksanaan caj kesesakan dilaksanakan Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) dan Perbadanan Teknologi Hijau dan Perubahan Iklim Malaysia (MGTC)
Kajian tersebut sedang dilaksanakan oleh MIROS dengan kerjasama MGTC dalam mencari jalan mengurangkan kesesakan trafik di Kuala Lumpur.
"Kajian itu merangkumi pelbagai aspek, termasuk mekanisme pelaksanaan, unjuran penurunan jumlah trafik, serta kadar peningkatan penggunaan pengangkutan awam sekiranya caj berkenaan diperkenalkan,” Tambah Dr Zaliha.
Dalam masa sama, beliau berkata Jabatan Wilayah Persekutuan (JWP) akan memastikan kajian caj kesesakan ini berjalan serentak dengan usaha memperkasakan jaringan pengangkutan awam di ibu kota.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!
Image via SAYS Seismik
Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:
Leave a comment