Kerajaan Umum Tol Percuma Dua Hari Sempena Krismas Pada 23 & 26 Disember Ini
Tol percuma tersebut akan diberikan pada 23 dan 26 Disember 2023.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Kerajaan bersetuju untuk memberikan tol percuma selama dua hari di seluruh lebuh raya di Malaysia bersempena sambutan perayaan Krismas 25 Disember nanti
Menerusi hantaran di Facebook Kementerian Kerja Raya Malaysia, Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Ahmad Maslan telah mengumumkan pemberian tol percuma akan berkuatkuasa pada 23 dan 26 Disember 2023 untuk semua jenis kenderaan.
“Keputusan tersebut telah dibuat selepas mesyuarat jemaah menteri yang berlangsung pada 6 Disember lalu sempena sambutan Krimas tahun ini.
“Pengecualian tersebut diberikan untuk semua jenis kenderaan di semua lebuh raya dalam negara kecuali dua plaza tol di sempadan negara iaitu Plaza Tol Bangunan Sultan Iskandar dan Plaza Tol Tanjung Kupang,” jelasnya dalam satu sidang akhbar hari ini.
Pemilihan tarikh tersebut bertujuan mengelakkan penumpuan trafik pada hari perjalanan pulang ke kampung dan kembali semula ke bandar
Menerusi hantaran itu, pemberian tol percuma ini juga dapat mengoptimumkan pengoperasian dan penyelarasan logistik tambahan serta keperluan logistik lain yang melibatkan pihak ketiga di sepanjang kawasan hentian sebelah dan kawasan Rehat dan Rawat di lebuh raya.
Pengguna juga diharapkan dapat memanfaatkan peluang ini dan merancang perjalanan dengan sebaiknya serta mematuhi cadangan jadual waktu perjalanan atau travel time advisory yang disyorkan di samping menitikberatkan aspek keselamatan dengan mematuhi had laju, papan tanda dan peraturan-peraturan di sepanjang lebuh raya.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!
Image via SAYS Seismik
Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:
Leave a comment