seismik

Hospital Terakhir Di Gaza Ini Habis Musnah Diserang & Dibedil Rejim Zionis

Hospital Al-Ahli mengalami kerosakan teruk akibat letupan di tempat letak keretanya pada 17 Oktober lalu.

Cover image via @PalestineChron (X) & Aljazeera

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Salah sebuah hospital terakhir yang masih bertahan di Semenanjung Gaza utara tidak dapat lagi beroperasi sejak Selasa selepas teruk diserang oleh tentera rejim Zionis

Menerusi laporan Sinar Harian, Pengarah Hospital Al-Ahli, Fadel Naim memberitahu, tentera Israel telah menyerang hospital dan menahan ramai doktor, kakitangan perubatan dan pesakit selain memusnahkan sebahagian daripada kawasan bangunan itu.

Tambahnya lagi, serangan Rejim Zionis telah ]mengakibatkan hospital tidak dapat lagi beroperasi selain pihaknya tidak lagi boleh menerima mana-mana pesakit atau mangsa yang cedera.

Menurutnya, sekurang-kurangnya empat orang yang cedera akibat tembakan tentera Israel pada Isnin di hospital terbabit, meninggal dunia sehari kemudian akibat kecederaan yang dialami.

Rejim Zionis nafi melakukan serangan malah menyalahkan roket yang dikatakan salah ditembak oleh pejuang Jihad Islam

Kumpulan pejuang Hamas dan Jihad Islam menuduh serangan itu dilakukan Israel, namun ia dinafikan rejim itu dan sebaliknya menyalahkan roket yang dikatakan salah ditembak oleh Jihad Islam menyebabkan letupan di hospital berkenaan.

Walaupun hospital dilindungi di bawah undang-undang kemanusiaan antarabangsa, ia tetap berulang kali diserang rejim Zionis di Semenanjung Gaza sejak bermulanya perang antara Israel dan Hamas pada 7 Oktober lalu.

Tentera Israel sebelum ini menyerbu kemudahan perubatan lain di Gaza, termasuk Al-Shifa, hospital terbesar di wilayah itu yang kini beroperasi pada kapasiti minimum dengan pasukan yang sangat kecil.

Image via Al Jazeera

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: