seismik

Skim Perubatan Madani: Ikuti 4 Langkah Mudah Ini Untuk Cara Tebus Yang Betul

Bermula 15 September 2023, Skim Perubatan MADANI diperluaskan ke seluruh Malaysia berikutan sambutan yang menggalakkan.

Cover image via Bernama

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Untuk pengetahuan anda, Skim Perubatan MADANI memberi tumpuan kepada jalinan kerjasama di antara sektor awam dan swasta di Malaysia

Image via Bernama

Skim ini merangkumi perkhidmatan Rawatan Pesakit Luar Kes-Kes Akut seperti:

  1. Demam dan selsema
  2. Cirit-birit dan muntah
  3. Terseliuh
  4. Sakit kepala
  5. Trauma ringan seperti luka ringan dan lain-lain.

Manakala rawatan yang tidak terangkum dalam skim ini adalah:
  1. Imunisasi rutin
  2. Saringan kesihatan
  3. Rawatan susulan Penyakit Tidak Berjangkit (NCD) rutin
  4. Rawatan susulan ibu dan anak rutin
  5. Perancangan keluarga rutin
  6. Perkhidmatan rehabilitasi
  7. Permintaan ubat tanpa konsultasi doktor
  8. Permintaan suplemen

Skim Perubatan MADANI ditawarkan secara automatik sebagai kemudahan kepada golongan yang berkelayakan bermula pada 15 Jun 2023 sehingga 31 Disember 2023, mengikut kategori berikut:

Image via Manfaat

Ikuti 4 langkah mudah di bawah untuk mendapatkan rawatan daripada Skim Perubatan MADANI:

  • Langkah 1: Semak kelayakan anda di laman berikut
  • Langkah 2: Hadir ke mana-mana General Practitioner (GP) yang berdaftar dengan Skim Perubatan MADANI (boleh dikenal pasti dengan pelekat Skim Perubatan MADANI) dengan membawa kad pengenalan
  • Langkah 3: Jika anda layak, anda boleh dapatkan Rawatan Pesakit Luar Kes-Kes Akut secara percuma
  • Langkah 4: Had manfaat Skim Perubatan MADANI akan ditolak selepas selesai mendapatkan rawatan. Manfaat Skim Perubatan MADANI adalah tertakluk kepada Terma & Syarat oleh pihak ProtectHealth Corporation Sdn. Bhd. (ProtectHealth) seperti yang dinyatakan di Laman Rasmi ProtectHealth

Klik di sini bagi mendapatkan maklumat lebih lanjut.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: