seismik

Lelaki Tawar RM5,000 Kepada Yang Ada Bukti Dashcam Pelajar Dilanggar Pegawai Kanan Polis

Semoga keadilan berpihak kepada Allahyarham Muhammad Zaharif Affendi.

Cover image via Harian Metro & @fitri_zrl (Instagram)

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Seorang individu lelaki tampil menawarkan wang sebanyak Rm5,000 untuk mana-mana saksi yang mempunyai bukti dashcam membuktikan pesalah melanggar mati Muhammad Zaharif Affendi baru-baru ini

Menerusi sebuah hantaran Facebook oleh Fahmi Huzairi, lelaki itu menyatakan dia menawarkan wang berjumlah RM5,000 untuk saksi yang mempunyai rakaman daripada dashcam yang boleh membuktikan pegawai polis yang didakwa melanggar mati seorang pelajar sekolah.

Tambah lelaki tersebut, saksi yang mempunyai bukti sedemikian boleh serahkan ia kepada keluarga mangsa dan jika ianya disahkan mampu membantu tegakkan keadilan buat keluarga mangsa, saksi boleh minta keluarga atau peguam mangsa untuk menghubunginya supaya ganjaran boleh diberikan.

Image via Fahmi Huzairi

Polis masih mencari bukti rakaman dashcam insiden terbabit

Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri meminta mana-mana pihak yang mempunyai bukti rakaman dashcam berkaitan insiden pelajar dilanggar pegawai kanan polis untuk tampil membantu siasatan.

Menerusi laporan oleh BERNAMA, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri pihak polis masih belum menerima rakaman bukti berkaitan kes berkenaan.

“Kita masih menunggu, yang ada dashcam, CCTV atau lain-lain, siapa yang ada itu (bahan bukti) kita akan terima. Setakat ini belum lagi” katanya.

Beliau meminta orang awam agar memberikan kepercayaan kepada pihak polis untuk menjalankan siasatan kes ini sambil meminta saksi-saksi kejadian turut tampil ke balai polis bagi membantu siasatan.

Image via Berita RTM

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: