Tular Video Tahanan Ini Panjat Jeriji Besi & Berjaya Lepaskan Diri Dari Lokap Polis
Difahamkan, kejadian berlaku di Lokap Berpusat Kepayan, Kota Kinabalu.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Lelaki berusia 33 tahun berjaya melarikan diri ketika diiring anggota petugas lokap ke bilik siasatan
Menerusi laporan Harian Metro, tahanan Nazri Hassan, 33, dipercayai melarikan diri ketika diiring oleh anggota petugas lokap ke bilik siasatan untuk tujuan soal siasat.
Timbalan Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Shahurinain Jais mengatakan tahanan dilihat memanjat pintu jeriji pintu masuk lokap di ruang senaman.
"Seterusnya tahanan keluar dari bangunan lokap dan memanjat pagar luar lokap sebelum melarikan diri.
"Petugas lokap mengejar namun gagal apabila tahanan berlari laju ke kawasan belukar berhampiran," katanya ketika dihubungi, hari ini" katanya pada Sabtu.
Suspek dilihat memakai pakaian tahanan lokap berwarna ungu ketika kejadian berlaku
Tambah Shahurinain, suspek berpakaian lokap berwarna ungu ketika melarikan diri.
“Suspek sebelum ini direman bermula 10 hingga 18 Disember 2023 atas kesalahan Seksyen 431 A Kanun Keseksaan. Gerakan mengesan tahanan sedang dilaksanakan menerusi Op Tutup dan semua eleman.
"Gerakan mengesan tahanan sedang dilaksanakan menerusi Op Tutup dan semua elemen.
"Orang ramai yang mempunyai maklumat berkenaan tahanan terbabit diminta menghubungi balai polis berhampiran," katanya.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!