seismik

[VIDEO] Pelajar Tak Tahan Roommate Bagi Alasan ‘Depression’ Biarkan Katil Bersepah & Kotor

Dah orang lain pun terkesan.

Cover image via @bckupacc99 (X)

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Kesedaran tentang kesihatan mental semakin meningkat pada hari ini

Namun begitu, terdapat sesetengah individu yang tidak bertanggungjawab 'menunggang' kesedaran ini dengan melakukan perkara yang memberi kesan kepada orang sekelilingnya.

Baru-baru ini, tular sebuah video di TikTok yang telah disebarkan ke laman X memaparkan seorang pelajar stres melihat rakan sebiliknya menjadi pengotor membiarkan bilik mereka bersepah.

Rakan sebiliknya itu dikatakan memberitahunya bahawa dia mengalami tekanan perasaan menyebabkan dia membiarkan bilik mereka bersepah.

Image via @bckupacc99 (X)

Dapat tukar bilik selepas menyuarakan perkara yang berlaku

Dalam kapsyen yang ditulis pada hantaran video tersebut, pelajar itu mengatakan dia telah mendapat kebenaran untuk menukar bilik.

Dedahnya, pihak kolej yang menguruskan perkara itu memberitahu bekas rakan sebiliknya itu tidak sepatutnya dapat duduk di dalam kolej kerana timbul masalah setiap semester.

Image via @bckupacc99 (X)
Image via @bckupacc99 (X)

Lihat video tersebut di bawah:

Kesian dekat orang yang betul-betul ada masalah kesihatan mental nanti tak diambil serius pula.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: