Kereta Ditenggelami Banjir? Jangan Gelabah, Ini 7 Perkara Yang Patut Anda Lakukan
Mungkin kereta boleh okay dengan cara ni.
Umum mengetahui keadaan banjir yang teruk di negara kita buat masa ini berada dalam keadaan membimbangkan
Selain daripada rumah dimasuki air, ramai juga yang berdepan dengan kegagalan menyelamatkan kenderaan mereka.
Perkara sebegini sudah semestinya berada di luar jangkaan kita. Namun, ada beberapa cara dan ikhtiar yang boleh dilakukan dengan harapan kereta anda masih boleh beroperasi seperti biasa.
Berikut adalah 7 cara yang anda perlu lakukan sekiranya kereta ditenggelami banjir:
Image via Vocket
1. Periksa enjin dan gearbox
Image via Libur
Jika kereta anda ditenggelami banjir, antara salah satu cara yang perlu dilakukan adalah dengan memeriksa sukatan dipstick minyak enjin dan gearbox. Periksa sukatan paras minyak, sekiranya lebih tinggi daripada biasa kemungkinan ia telah dimasuki air.
Selalunya mekanik akan mengosongkan minyak enjin dan gearbox dan menggantikannya dengan yang baru.
2. Flush minyak kereta
Image via Mingguan Wanita
Oleh kerana tangki minyak kereta berada di kedudukan yang rendah, keberangkalian untuk air banjir masuk memang sangat tinggi.
Untuk mengelakkan masalah menjadi lebih besar, flush minyak adalah salah satu cara yang perlu dilakukan sehingga tangki benar-benar kering.
3. Jangan hidupkan enjin dulu
Image via Jvalube
Ini adalah kesilapan besar yang sering dilakukan oleh ramai orang. Jika kereta anda ditenggelami banjir, seeloknya jangan cuba untuk menghidupkan enjin dulu.
Perkara ini sebenarnya berisiko tinggi dan boleh menyebabkan kerosakan yang lebih teruk. Malah, boleh menelan kos baik pulih yang lebih mahal.
4. Hubungi syarikat insurans
Image via Wordpress
Sudah tentu perkara paling penting anda patut lakukan adalah dengan menghubungi syarikat insurans kenderaan anda. Hal ini kerana, ada syarikat insurans yang menawarkan pakej perlindungan banjir, tetapi ada juga yang mengenakan caj berasingan.
Sebaiknya anda meminta nasihat khidmat pelanggan insurans anda untuk tindakan seterusnya. Servis juga mungkin ditawarkan bergantung kepada masalah yang dihadapi.
5. Keringkan kusyen kereta
Image via Pakar Cuci Kereta Kusyen
Selalunya terdapat bengkel yang menawarkan perkhidmatan mencuci bahagian dalam kereta yang ditenggelami banjir. Ini juga dapat membantu anda menggantikan barang dalam kereta yang terjejas akibat banjir seperti karpet lantai, panel pintu, dan pelapik kerusi.
Pastikan kusyen kereta dicuci terlebih dulu dengan baik kerana jika silap cara ia mungkin akan meninggalkan bau busuk.
6. Periksa semua sistem elektrik
Image via Pandu Laju
Dalam pada itu, memeriksa semua sistem elektrik pada kenderaan amatlah penting untuk memastikan kerosakan pada bahagian kenderaan. Cuba pulas kunci pencucuh untuk menghidupkan kereta.
Periksa setiap komponen serperti lampu depan, signal, radio, tingkap, dan lampu kabin. Jika anda perasan seperti ada kekurangan pada bahagian-bahagian tersebut, segera hantar ke mekanik berdekatan.
7. Periksa roda dan tayar
Image via Maskulin
Sebelum anda memandu, cuba cari kesan lumpur yang mungkin terkumpul pada sekitar roda kereta. Hal ini kerana jika kesan lumpur sudah mengeras, ia boleh menyebabkan kereta anda bergegar ketika memandu.
Jadi, jika perlu ambil penyembur bertekanan tinggi dan cucilah sekitar rim kereta anda dengan keadaan berhati-hati.
Harap perkongsian ini dapat sedikit sebanyak membantu anda untuk menyelesaikan masalah kereta dan dapat beroperasi seperti biasa :)
Image via SAYS Seismik
Lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:
Leave a comment