Tular Kereta Myvi Kena Langgar, Tapi Mangsa Sempat Selfie Dulu Ini Curi Tumpuan
Sempat lagi ya nak selfie.
Kemalangan jalan raya melibatkan pelanggaran dua kenderaan atau lebih yang sering berlaku menyebabkan kadar kes kemalangan di jalan raya negara kita semakin meningkat
Sesiapa sahaja yang terlibat dalam kemalangan kereta, pasti akan menyebabkan kita menjadi panik, cemas dan terkejut.
Namun, lain pula yang jadi apabila tular dalam sebuah video yang menunjukkan sekumpulan wanita terlibat dalam kemalangan telah meraih tumpuan ramai.
Lihat ciapan itu di bawah:
Sempat ambil selfie walaupun accident
Menerusi ciapan berkenaan, kelihatan lima wanita sedang mengambil gambar selfie di lampu isyarat dan kesemua mereka memakai pelitup muka.
Yang menariknya, terdapat dua kereta di jalan tersebut yang dilihat terlibat dalam kemalangan dan disyaki merupakan kereta mereka.
Dua kereta berkenaan merupakan kereta perodua Myvi dilihat berlanggar sesama sendiri daripada arah bertentangan. Mujurlah tiada kemalangan jiwa yang dilaporkan.
Image via @isusemasaviral (Twitter)
“Selfie bukti Myvi langgar Myvi tak ada hal masih boleh berbaik & tenang haha” - Netizen
Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut memberi pelbagai reaksi yang mencuit hati mengenai kemalangan tersebut.
Susulan tularnya ciapan itu, kini ia meraih sehingga 985 retweets, 2,102 likes dan 16 comments di Twitter.
Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di Twitter:
Image via @isusemasaviral (Twitter)
Image via @isusemasaviral (Twitter)
Image via @isusemasaviral (Twitter)
Image via @isusemasaviral (Twitter)
Mungkin kawan lama tak jumpa kot, tu yang nak tangkap gambar sebagai kenangan :P
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik
Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:
Leave a comment