"Kerja Retail Je Faham" - Budak Tumpahkan Aiskrim Dalam Butik Tudung Buat Staff Mengeluh
"Bila kita tegur janganlah buat muka sebab memang selalu terjadi".
Kebiasaannya, premis pakaian akan meletakkan papan tanda melarang membawa masuk makanan dan minuman dari luar
Hal itu kerana jika air atau makanan tertumpah dalam kedai khususnya butik mahal, ia akan menyusahkan pekerja dan pelanggan lain di dalam premis.
Malah, ia akan menimbulkan masalah lebih besar jika terkena pada pakaian di situ. Oleh itu, pelanggan haruslah mematuhi peraturan sebelum memasuki kedai.
Baru-baru ini, tular rakaman dari CCTV sebuah butik tudung Naelofar memaparkan seorang budak lelaki tertumpahkan aiskrim telah mencuri tumpuan ramai.
Lihat video penuh itu di bawah:
Makan aiskrim dalam butik, sekali tertumpah dan terkena kaki pelanggan lain
Menerusi perkongsian daripada @hafizzdjengg, kelihatan seorang budak lelaki yang merupakan anak kepada pelanggan butik berkenaan masuk ke premis sambil memegang aiskrim.
Apa yang mencuri perhatian adalah apabila budak itu tidak sengaja tumpahkan aiskrim dalam butik berkenaan.
Kejadian tersebut membuatkan staf butik berkenaan mengeluh kerana walaupun sudah meletakkan papan tanda 'no food and drinks allowed', pelanggan hanya mengambil remeh hal itu.
Lebih memalukan lagi, aiskrim tersebut juga terkena pada kaki dan seluar pelanggan lain yang berdekatan. Staf butik itu pantas memberikan tisu kepada mereka.
Lihat video sambungan itu di bawah:
"Itu belum kalau tiba-tiba kena dekat tudung-tudung yang dijual tu. Memang pantang bab ni" - Netizen
Susulan tularnya video berkenaan yang kini telah mendapat 395K views, 11.8K likes dan 170 comments di TikTok, rata-rata netizen turut meluahkan pandangan masing-masing dan faham apa yang staf butik itu rasa.
Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:
Image via @hafizzdjengg (TikTok)
Image via @hafizzdjengg (TikTok)
Image via @hafizzdjengg (TikTok)
Image via @hafizzdjengg (TikTok)
Image via @hafizzdjengg (TikTok)
Image via @hafizzdjengg (TikTok)
Image via @hafizzdjengg (TikTok)
Image via @hafizzdjengg (TikTok)
Image via @hafizzdjengg (TikTok)
Image via @hafizzdjengg (TikTok)
Dalam situasi ni, ibu bapa sepatutnya bertanggungjawab kalau anak buat hal. Minta maaf pada staf butik dan cepat-cepat bawa anak keluar.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik
Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:
Leave a comment