Ramai Puji Lelaki Ini Kerja Rider McD & GrabFood Sebab Nak Halalkan Gadis Pilihan. Tabik!
Amirul bekerja sebagai rider McDonald's bermula dari 8 pagi sehingga 4 petang, dan antara 5 petang hingga 11 malam, dia berkhidmat pula sebagai rider GrabFood.
Seorang lelaki telah menjadi inspirasi netizen dengan bekerja selama 14 jam sehari demi mengumpul wang kahwin untuk melamar gadis impiannnya
Menerusi laman Twitter, Amirul Syafieq, telah berkongsikan bagaimana dia bekerja sebagai rider rangkaian makanan segera McDonald's dan GrabFood kerana ingin mencari rezeki di samping mengumpul wang bagi mendirikan rumah tangga bersama kekasih hati.
Image via Twitter @syafieqisa
Image via Twitter @syafieqisa
Sebelum ini, Amirul merupakan bekas pemain bola sepak bagi pasukan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL). Namun begitu, selepas mengalami kecederaan hamstring pada Julai tahun lalu, Amirul kini hanya berkhidmat sebagai jurulatih bola sepak yang hanya dibayar RM50 saja untuk setiap kali sesi latihan.
Image via Twitter @syafieqisa
“Oleh kerana jumlah pendapatan diterima tidak menentu, saya nekad mencari pekerjaan lain dan akhirnya diterima bekerja sebagai penghantar makanan di restoran makanan segera pada Januari lalu walaupun tidak mempunyai pengalaman,” katanya kepada Harian Metro.
Amirul bekerja sebagai penghantar makanan McDonald's bermula dari 8 pagi sehingga 4 petang, dan antara 5 petang hingga 11 malam, dia berkhidmat pula sebagai penghantar GrabFood
“Mulanya memang kekok tetapi kini tidak lagi. Malah, saya sudah selesa melakukan dua pekerjaan setiap hari memandangkan misi saya untuk mendirikan rumah tangga dengan teman wanita pada hujung tahun depan," ujar anak kedua daripada empat beradik itu.
Bercakap tentang gambarnya yang tular, Amirul berkata dia tidak sangka perkongsiannya itu telah mendapat perhatian warganet.
Image via Twitter @syafieqisa
Image via Twitter @syafieqisa
“Gambar berserta kapsyen ringkas itu dimuat naik tengah hari tadi ketika sedang berehat dan sebenarnya didedikasikan kepada teman wanita saya bagi menggembirakannya.
“Tak sangka pula ia boleh tular dan Alhamdulillah, ramai yang memberi kata semangat dan saya berharap perkongsian itu memberi inspirasi kepada orang ramai terutama anak muda di luar sana yang sedang berusaha mencari pekerjaan,” katanya.
Antara komen yang diterima Amirul:
Image via Twitter @syafieqisa
Image via Twitter @syafieqisa
Cayalah Amirul. Kami doakan anda berjaya capai matlamat anda!
Image via Giphy
Lelaki ini pula saving gila-gila sebab nak kahwin punya pasal!
Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:
Leave a comment