seismik

Lelaki Ini Dedah Cara Dia Mengorat Isterinya Guna FB Waktu Hari Raya, 9 Tahun Yang Lalu!

Nak mengorat kena slow and steady, tidak boleh gopoh!

Cover image via Facebook Ibnu Mas'ud

Berbicara soal jodoh, ianya memang tidak dijangka.

Kadang-kadang tanpa disedari, orang yang ada di depan mata kita itulah sebenarnya jodoh kita.

Orang selalu cakap, kalau dah jodoh itu, takkan kemana. Beribu batu perginya, kalau dah jodoh, pasti akan berjumpa juga akhirnya dan ke jinjang pelamin juga jawabnya.

Tapi untuk pastikan sampai juga ke jinjang pelamin itu, mestilah diselitkan dengan usaha sekali. Usaha bukan sekadar waktu nak bernikah dan berkahwin itu sahaja, tapi waktu mengorat pun kena ada usaha, tahu!

Nak mengorat pun, kena ada skill, mana boleh secara semberono.

Baru-baru ini seorang lelaki telah menceritakan pengalaman dia menawan hati isterinya melalui laman Facebook, 9 tahun yang lalu

Semuanya bermula tatkala lelaki tersebut memberikan komen pujian pada gambar isterinya ketika sambutan hari raya sekali gus meminta sekali nombor telefonnya.

Lelaki yang bermana Mas'ud itu turut berkongsikan screenshot perbualannya dengan isteri dia dalam laman Facebook. Siapa sangka, di sinilah bermulanya titik-titik percintaan pasangan suami isteri ini.

Nak dijadikan cerita, sebenarnya Mas'ud dan isterinya, Hazlinda, merupakan jiran setaman cuma tidak pernah bertegur sapa

Ekoran tweet-nya yang tular itu, Mas'ud memilih untuk berkongsikan terus cerita penuh perkenalannya dengan isteri kepada warga internet dalam bentuk thread Twitter.

Bahkan, Mas'ud dan Hazlinda pernah bersekolah di sekolah yang sama, namun tidak pernah langsung berbual, hanya sekadar bersua muka, sehinggalah selesai persekolahan dan mereka meneruskan haluan masing-masing.

Lima tahun telah berlalu dan pada tahun 2010, Mas'ud terjumpa Hazlinda di laman Facebook. Maka, di sini bermulalah sesi flirting aka mengorat!

Mengorat jangan sekadar mengorat, tahu!

Tapi perlu ada strategi yang bijak lagi berkesan. Mas'ud tidak lokek ilmu bahkan turut berkongsikan tips mengorat yang digunakan olehnya pada isteri kepada warga internet

Paling penting sekali, jangan gelojoh dan gopoh!

Kemudian, pastikan perbualan itu dua hala. Pastikan ada proses balas-membalas di ruangan komen.

Bila sudah dapat nombor telefon, sekali lagi, jangan gopoh. Tapi pastikan effort atau usaha itu dapat dirasa.

Bila sudah rasa ada perasaan ingin serius, boleh terus tanya pilihan hati dengan cara yang halus.

Disclaimer: Cara halus bukan pakai makhluk halus, tapi dengan cara yang slow and steady.

Sebab yang dipilih ini akan jadi pasangan hidup, kan? Oleh itu, pastikan chemistry itu ada.

Bila niat baik dan ikhlas, insyaAllah akan dipermudahkan segala urusan

Sebelum jumpa pelangi, kenalah redah hujan dahulu

Jangan main-main, pasangan ini pernah dipaparkan dalam salah satu majalah di negara!

Cute! Semoga Mas'ud dan Hazlinda berbahagia sehingga ke akhir hayat.

Throwback sikit gambar kahwin dulu.

Image via fbcdn.net

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Pasangan Power Rangers ini pula jumpa di konvensyen komik!

Lagi artikel di SAYS Seismik:

You may be interested in: