Kes Buaya Muncul Di Tasik Shah Alam, MBSA & PERHILITAN Kerjasama Pasang 2 Perangkap
Harap dapat lah tangkap buaya tu.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Tular sejak semalam, seekor buaya besar dilihat muncul di sekitar Tasik Seksyen 7, Shah Alam telah membimbangkan orang ramai
Ekoran itu, pihak Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) telah mengadakan lawatan tapak dan perbincangan bersama pihak Jabatan PERHILITAN Negeri Selangor bagi menyelesaikan masalah tersebut.
Sebagai langkah keselamatan, MBSA telah memasang tali penghadang di sekitar kawasan Tasik Seksyen 7 dan akan membuat pemantauan dari masa ke semasa.
Selain itu, Jabatan PERHILITAN Negeri Selangor juga akan meletakkan banner peringatan di sekitar kawasan tasik serta memasang perangkap bagi menangkap buaya itu.
Image via @utusantvofficial (TikTok)
Image via @utusantvofficial (TikTok)
Kedua-dua perangkap termasuk satu milik PERHILITAN Negeri Sembilan dipasang di dua kawasan tebing tasik berkenaan menerusi Op Buaya Shah Alam
Menurut laporan Berita Harian, pengarah PERHILITAN Selangor, Wan Mohd Adib Wan Mohd Yusoh berkata, jarak bagi setiap perangkap adalah kira-kira lima meter dari tebing tasik.
Difahamkan, kedudukan perangkap itu diputuskan selepas pihaknya mengenal pasti laluan aktif buaya berkenaan hasil pemantauan dilakukan selama 24 jam.
"Perangkap ini kita pasang dengan umpan segar iaitu ayam. Untuk operasi ini kita guna dua perangkap yang mana satu dipinjam dari PERHILITAN Negeri Sembilan.
"Hasil pemerhatian kita setakat ini mendapati hanya ada seekor buaya di tasik ini dipercayai buaya tembaga dengan anggaran sepanjang 1.5 meter.
"Berdasarkan apa yang kita lihat perilaku buaya ini adalah pergerakan tidak berapa jauh daripada tebing antara tiga hingga lima meter," katanya.
Image via Berita Harian
Menurutnya, operasi tangkap buaya boleh mengambil masa sehingga sebulan berdasarkan pengalaman jabatan itu sebelum ini dengan kali terakhir operasi dilakukan di Serendah.
Namun begitu, ia bergantung kepada perilaku buaya tersebut, keadaan sekeliling dan jumlah makanan dalam sesuatu lokalitinya.
"Kejayaan sesebuah operasi hidupan liar masuk perangkap itu apabila ia kurang terganggu dan rasa selamat yang mana mungkin lagi cepat dia masuk perangkap yang dipasang dengan umpan yang betul.
"Buaya itu boleh berada di sini sebab ada sumber makanan termasuk ikan," katanya.
Siasatan mendapati buaya tersebut sudah berada di kawasan tasik sejak 18 Ogos lalu
"Kalau lihat di sini ada lima saluran air keluar masuk dan kita mendapat kerjasama Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) dalam memastikan laluan diletakkan jaring bagi mengelakkan buaya itu terlepas keluar dari tasik ini," katanya lagi.
Dalam pada itu, operasi berkenaan disertai 20 anggota PERHILITAN termasuk MBSA yang menyediakan dron dan bot.
Image via fbcdn.net
Image via @sinarharianonline (TikTok)
Lihat video di bawah:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik
Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:
Leave a comment