Kes Guru Bercinta Dengan Murid, Ibu Pelajar Dakwa Ada Kesan 'Merah' Pada Leher Anak
Difahamkan, kes berkenaan masih dalam siasatan pihak polis.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Polis masih menjalankan siasatan ke atas seorang guru wanita yang dikatakan melakukan kesalahan seksual terhadap pelajar lelaki berusia 17 tahun
Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusoff, berkata polis telah menerima laporan pada 12 Disember lalu mendakwa suspek yang berusia 37 tahun mencabul mangsa.
Difahamkan, ketika itu mangsa telah mengulang kaji bersama guru terbabit di perpustakaan sekolah.
Ibu mangsa mendakwa terdapat kesan kemerahan pada leher anaknya yang pada ketika itu berusia 16 tahun.
Image via Astro Awani
Wan Kamarul berkata, siasatan dijalankan oleh Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Sepang mendapati kejadian berlaku pada jam 4.50 petang, 12 Disember lalu.
"Mangsa yang sepatutnya balik ke rumah masih bersama guru matematiknya di perpustakaan.
"Pelajar itu mendakwa telah dipeluk dan dicium oleh guru matematik berusia 37 tahun itu hingga meninggalkan kesan kemerahan pada lehernya," katanya.
Mangsa telah dirujuk ke hospital untuk pemeriksaan ke atas kesan kemerahan yang terdapat pada lehernya.
Ia susulan selepas tularnya video di media sosial selepas seorang guru wanita bercinta dengan pelajar lelaki berusia 17 tahun walaupun sudah mempunyai suami dan lima orang anak.
Siasatan dijalankan di bawah Seksyen 14 Akta kesalahan Seksual Terhadap kanak Kanak 2017.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik
Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:
Leave a comment