seismik

Padah Jadi 'Keyboard Warrior', Lelaki Dipenjara 6 Bulan & Denda RM12,000 Lepas Hina Islam

Semoga menjadi iktibar dan pengajaran kepada semua.

Cover image via Facebook & Berita Harian

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Seorang lelaki dijatuhi hukuman penjara enam bulan dan denda RM12,000 susulan hantaran menghina Islam

Dia mendakwa hanya menjadi ' keyboard warrior' dan tidak mengetahui kalimah 'Allah' yang ditulis menghina agama Islam.

Bagaimanapun, tertuduh, Chiok Wai Loong, 34, mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen hari ini, atas pertuduhan membuat hantaran bersifat jelik berkaitan kalimah Allah.

Di dalam rayuannya, dia memohon supaya tidak dipenjara kerana tidak mahu kehilangan kerja.

Image via Berita Harian

Dakwa tak tahu tulis perkataan boleh jadi menghina

Menurut sumber, tertuduh mendakwa dia tidak tahu isu perkataan kalimah itu boleh menjadi sensitif dalam masyarakat.

"Saya tidak sengaja, hanya mahu menjadi ' keyboard warrior', saya tidak tahu perkataan itu sensitif kepada orang lain.

"Kami orang Cina ada rantai kaki dan tangan serta tatu Tuhan di pelbagai bahagian badan, ingat hanya kecil punya hal, saya tidak tahu perkataan ini boleh jadi menghina," rayunya.

Namun, Timbalan Pendakwa Raya Datin Kalmizah Salleh memohon hukuman berat, setimpal dan menjadi pengajaran kepada masyarakat di luar sana.

"Sebanyak 24 laporan polis dibuat orang ramai berhubung isu ini yang menunjukkan keseriusan hantaran yang dibuat bersifat sensitif kepada penganut agama Islam," katanya.

Terdahulu lelaki itu mencetuskan kemarahan ramai selepas mengeluarkan komen menambahkan ketegangan dalam isu penjualan stoking bertulis kalimah Allah di kedai serbaneka itu.

Dia malah didakwa cuba membuat kelakar dengan memuat naik gambar stoking yang memuatkan wajahnya sendiri.

Posting yang dimuat naik lelaki itu sehingga mencetus kemarahan ramai.

Image via Facebook

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: