Kes Tembakan Pusat Beli-Belah, Seorang Lelaki Warga Tempatan Kini Diburu Pihak Polis
Difahamkan, sebanyak lapan das tembakan dilepaskan oleh suspek ketika kejadian itu berlaku.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Polis mengesahkan seorang lelaki pekerja pembersihan cedera ditembak oleh suspek dalam kejadian tembakan di sebuah pusat beli belah di Setia Alam, Shah Alam malam tadi
Menurut laporan, Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim berkata, siasatan awal mendapati kejadian terbabit berlaku sebelum pusat beli belah itu ditutup, semalam.
"Mangsa disahkan selamat tetapi cedera terkena beberapa das tembakan. Mangsa ditembak oleh suspek.
"Suspek sudah melarikan diri dipercayai seorang sahaja setakat ini.
"Tempat ini selamat untuk orang awam dan esok (hari ini) boleh beroperasi seperti biasa. Sekarang pihak forensik masih menjalankan pemeriksaan dan siasatan di lokasi kejadian," katanya kepada media di lokasi kejadian, awal pagi tadi.
Mohd Iqbal berkata, pihaknya akan mengeluarkan kenyataan penuh sebaik sahaja siasatan di lokasi selesai.
Anggota polis dari Unit Forensik dilihat menjalankan pemeriksaan di lokasi kejadian.
Image via Bernama
Sebanyak lapan das tembakan dilepaskan oleh suspek ketika kejadian itu berlaku
Dalam pada itu, Bernama melaporkan Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata mangsa yang cedera terkena tembakan adalah seorang warga asing berusia lingkungan 30-an dan telah dikejarkan ke Hospital Shah Alam untuk rawatan dan dilaporkan stabil.
Tambah beliau lagi, suspek yang juga warga tempatan dipercayai tiba di pusat beli-belah itu kira-kira jam 10 malam dan menuju ke arah mangsa sebelum melepaskan tembakan.
"Polis percaya sekurang-kurangnya lapan das tembakan telah dilepaskan suspek terhadap mangsa menggunakan pistol," katanya.
Selepas melepaskan tembakan, suspek kemudiannya melarikan diri dengan menahan sebuah kenderaan dan memaksa pemandu kenderaan itu membawanya keluar dari kawasan terbabit.
"Suspek kemudian memaksa pemandu itu menurunkannya di tepi jalan sekitar Lebuhraya Shah Alam (KESAS) dan pemandu terbabit kemudiannya membuat laporan polis," katanya yang juga memaklumkan pihak polis kini giat menjejaki suspek di lokasi terakhir dia dilihat.
Berikut di bawah adalah kenyataan rasmi daripada pihak polis negeri Selangor:
Image via Polis Selangor (Facebook)
Image via Polis Selangor (Facebook)
Image via Polis Selangor (Facebook)
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik
Baca lagi artikel menarik lain hanya di SAYS Seismik:
Leave a comment