Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

Keselamatan Rakyat Jadi Keutamaan, Kerajaan Akan Bawa Balik Pelajar Malaysia Di Bangladesh

Perkara itu diumumkan oleh Perdana Menteri.

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memutuskan kerajaan akan membawa pulang pelajar Malaysia di Bangladesh kerana mengutamakan keselamatan mereka berikutan ketegangan yang memuncak di negara itu

Menurut laporan Sinar Harian, beliau yang merasmikan Persidangan Cukai Kebangsaan 2024 berkata keputusan itu dibuat susulan pemantauan Kementerian Luar terhadap perkembangan mutakhir di Bangladesh.

"Sama ada mereka (pelajar) bantuan kerajaan atau pelajar swasta, kita akan bantu, dan Menteri Luar akan mengadakan mesyuarat kalau perlu menyewa pesawat untuk bawa mereka pulang.

"Ketika ini keselamatan anak-anak Malaysia jadi keutamaan kita. Beberapa hari pertama itu nampak keadaan mungkin terkawal, tetapi sekarang ini dari maklumat kedutaan rasanya lebih sesuai kalau mereka dibawa pulang," katanya.

Image via Sinar Harian

Rakyat Malaysia di Bangladesh termasuk 124 pelajar akan dibawa pulang dengan penerbangan khas AirAsia

Image via @akmalazizan8 (X)

Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, kerajaan akan membawa pulang semua pelajar dan rakyat Malaysia yang berada di Bangladesh selepas pelan pemindahan segera itu mendapat lampu hijau daripada Perdana Menteri.

Beliau berkata, pesawat khas yang mampu membawa 350 penumpang itu dijangka meninggalkan Lapangan Terbang Antarabangsa Hazrat Shahjalal Dhaka pada pukul 10 pagi esok, 23 Julai 2024 (waktu tempatan Bangladesh).

"Pada mulanya kita hendak sewa pesawat kapasiti 250 orang, tapi telah diputuskan pihak Air Asia akan hantar Airbus A330 wide body kerana mungkin ada tambahan individu yang menaiki pesawat itu pada saat-saat akhir.

"Kita dapati ada juga juruterbang rakyat Malaysia yang bertugas di Bangladesh turut memohon untuk kembali ke tanah air," katanya.

Beliau telah mengadakan pertemuan dengan wakil ibu bapa pelajar yang menuntut di Bangladesh dan menyatakan komitmen kerajaan untuk membawa pulang pelajar Malaysia ke tanah air

Image via @akmalazizan8 (X)

Manakala, seorang pelajar yang menuntut di Chittagong Medical College tidak akan pulang ke Malaysia kerana berada sejauh 313.4 kilometer dari Dhaka.

Walau bagaimanapun, Suruhanjaya Tinggi Malaysia (STM) di Dhaka memberi jaminan akan menjaga kebajikan pelajar berkenaan.

Dalam pada itu, semua premis di Bangladesh telah dikenakan perintah berkurung, dan pegawai STM tetap akan berada di sana, hanya ahli keluarga mereka sahaja yang terlibat dalam pelan pemindahan itu.

Terdahulu, ribuan pelajar di Bangladesh mengadakan demonstrasi sejak 1 Julai selepas mahkamah mengembalikan kuota untuk pekerjaan awam yang telah dimansuhkan pada 2018.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment