Ketagih Durian Malaysia Punya Pasal, Wanita Jepun Ini Cari 'Musang King' Serata Hong Kong!
iChang pernah dikecewakan apabila memberi durian berharga RM54 yang disangkakan durian Musang King tetapi ternyata bukan Musang King sebenar.
Bila bercakap pasal buah durian ini, sama ada you love it, atau you hate it. There's nothing in between.
Bau yang terdapat pada buah durian terlalu kuat sehingga mereka yang tidak menggemarinya membandingkan bau buah itu dengan bau bangkai tikus atau keju basi.
Image via NST
Berbeza pula dengan penggemar buah durian yang bukan sahaja sukakan bau buah tersebut bahkan turut merasakan raja bagi segala buah sangat enak kerana mempunyai rasa yang sangat berbeza serta memberi kepuasan yang tersendiri.
Buat penggemar durian yang berada di tanah air, tidak susah untuk menikmati buah tersebut kerana ianya sentiasa ada lebih-lebih lagi apabila tiba musimnya.
Image via Fried Chillies
Walau bagaimanapun, yang menjadi masalah adalah harganya yang terlalu kadang-kala mahal, dan boleh mencapai sehingga RM30 hingga RM50 sebiji bergantung kepada jenis buah tersebut.
Meskipun begitu, masih ada yang sanggup berbelanja demi menikmati buah durian. Nak buat macam mana, buah itu benar-benar boleh buat orang jadi ketagih!
Seperti seorang wanita Jepun ini yang menjadi ketagih dengan durian Musang King setelah menikmati buah tersebut ketika berkunjung ke Malaysia
Image via YouTube iChang Hong Kong
iChang yang juga merupakan seorang YouTuber yang tinggal di Hong Kong baru-baru ini telah memuat naik video dia berusaha sedaya upaya mencari durian Musang King di pasar Hong Kong demi melepaskan ketagihannya.
Image via YouTube iChang Hong Kong
Image via YouTube iChang Hong Kong
Sebelum ini, iChang pernah dikecewakan apabila memberi sebiji durian dengan harga RM54 yang disangkakan durian Musang King tetapi ternyata bukan Musang King sebenar.
Tidak ingin tertipu buat kali kedua, wanita itu tetap gigih membuat kajian tentang ciri-ciri Musang King yang asli
Image via YouTube iChang Hong Kong
Keesokkan harinya, iChang bersama seorang teman meneruskan pencarian mereka di pasar Hong Kong yang mana akhirnya berjaya menemukan sebiji durian yang hampir mirip dari segi rupa serta rasa Musang King yang dinikmati mereka ketika bercuti di Pulau Pinang sebelum ini.
Image via YouTube iChang Hong Kong
Image via YouTube iChang Hong Kong
Meskipun terpaksa membayar RM145 untuk sebiji durian, iChang bersama temannya itu tetap gembira dengan penemuan mereka kerana sama-sama mengakui durian yang dimakan di Malaysia tiada tandingannya oleh kerana buahnya lebih segar berbanding yang terdapat di Hong Kong.
Image via YouTube iChang Hong Kong
Lihat video penuh di bawah:
Suka sangat buah durian punya pasal, iChang telah membuat beberapa siri video berkenaan raja segala buah itu, bermula daripada video percutiannya di Pulang Pinang sehinggalah kepada video tentang ketagihannya terhadap buah tersebut.
Lihat siri-siri video tersebut di bawah:
iChang merasa durian Musang King buat pertama kali
iChang kena tipu durian yang disangkakan Musang King tapi sebenarnya bukan Musang King
iChang membuat kajian terperinci tentang Musang King
Wah, tiba-tiba tekak penulis mengidam nak makan durian!
Image via Giphy
Video New Yorkers makan mi kari Maggi untuk kali pertama ini pun kelakar!
Lagi artikel menarik di SAYS:
Leave a comment