Sikap Jujur Bawa Tuah! Peniaga Dipuji Kerana Timbang Isi Durian Saja, Jual 200 Biji Sehari

Macam ini baru betul meniaga!

Semalam, seorang pengguna Facebook, Nur Hajar memuat naik sekeping gambar yang menunjukkan seorang peniaga durian sedang melakukan timbangan untuk pelanggan

Pada ruangan captionNur Hajar menerangkan bahawa peniaga ini hanya membuat timbangan isi durian sahaja tanpa kulit, yang sememangnya jarang sekali ditemui dilakukan oleh peniaga lain.

Lokasi gerai durian ini terletak di sebuah lebuh raya yang menghubungkan Universiti Utara Malaysia (UUM) di Sintok dan Changlun. Harga juga berpatutan iaitu RM25/kg, isi sahaja.

"Semoga murah rezeki adik ni," tulis Hajar

Nampaknya, doa Hajar seperti termakbul serta-merta. Gambar yang dimuat naik oleh beliau itu mendapat sambutan hangat sehingga dikongsi lebih 6,200 kali di Facebook.

Laman Oh! Media dengan 3.4 juta pengikut juga mewar-warkan tentang pemuda itu dan turut mendapat lebih 4,300 perkongsian ketika artikel ini ditulis.

Peniaga tersebut dikenali sebagai Mohd Izzuwan Ismail, 30

Sikap jujur Mohd Izzuwan menjadikan gerainya kini menjadi tumpuan orang ramai, terutama peminat durian.

Image via Berita Harian

Bercakap kepada Berita Harian, Izzuwan berkata dia mendapat idea berniaga seperti itu bulan lalu selepas beberapa kali terbeli durian buruk dan memilih untuk menjual isi durian yang baik sahaja bagi memastikan pelanggan berpuas hati.

“Jika saya sendiri berasa marah apabila terbeli durian buruk, orang lain pun sama saja. Malah mungkin ada yang menyumpah-nyumpah peniaga durian. Saya mahu pelanggan berpuas hati dan dapat melakukan akad jual beli dengan rasa senang hati,” katanya.

Menurutnya, dia berjaya menjual 200 biji durian setiap hari

Gambar sekadar hiasan

Image via wikimedia.org

"Alhamdulillah, walaupun berniaga di hujung kampung saya berjaya jual lebih 200 biji durian setiap hari. Setakat ini pelanggan banyak yang ulang beli di gerai saya dan belum ada yang datang merungut," katanya lagi.

Malah, sejak tular semalam, duriannya habis dijual lebih awal hari ini (8 Julai 2019) iaitu pada jam 2 petang selepas mula berniaga pada jam 10 pagi.

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Leave a comment