Ketahui Kelebihan & Amalan Sunat Di Bulan Rejab Yang Boleh Anda Lakukan
Semoga dapat membantu anda.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Umum mengetahui bahawa Rejab merupakan salah satu bulan yang mempunyai kelebihan dan amalan sunat yang kita boleh lakukan
Apakah amalan yang digalakkan pada Bulan Rejab?
Artikel kali ini akan menyenaraikan beberapa kelebihan dan amalan yang sunat yang anda boleh lakukan pada bulan ini.
Dalam bulan Rejab, dianjurkan banyak berdoa dan berzikir dengan ketentuan berikut, diriwayatkan oleh Ibnu ‘Asyakir daripada Abi Umamah, bahawa Nabi Muhammad SAW bersabda yang bermaksud:
“Lima malam yang tidak akan ditolak doa padanya ialah doa pada awal bulan Rejab, malam Aidil Fitri dan malam Aidil Adha.
Amalan-amalan sunat di bulan Rejab:
1. Solat
- Solat-solat sunat mengiringi solat fardhu.
- Solat sunat Israk, solat sunat Dhuha dan solat sunat Taasbih.
Image via Harian Metro
2. Bertaubat dan memohon ampun
Bertaubat dan berdoa mohon keampunan agar diterima amalan ibadat, minta selamat dunia dan akhirat, minta dilimpahi rahmat, minta dilepaskan daripada azab-Nya di akhirat dan mohon dimasukkan ke syurga.
Dalam Syahrullah (Bulan Allah), diampunkan dosa-dosa orang yang meminta ampun dan bertaubat kepada Allah. Sekiranya ditambah dengan berpuasa Rejab wajib baginya;
- Diampunkan dosanya yang lalu.
- Dipeliharakan Allah umurnya yang tinggal.
- Terlepas dari dahaga di hari kiamat.
Image via Iqra
3. Berzikir, Tahlil, Takbir dan Istighfar selepas Solat Fardhu Subuh dan Asar
Membersihkan hati yang lalai dan alpa melalui amalan beristighfar dan zikir.
Image via Shafiqolbu
4. Tiga Tasbih: Setiap satu, 100 kali
Image via Shafiqolbu
5. Tasbih pada setiap sepuluh hari Rejab
Image via Shafiqolbu
6. Istighfar Tauhid; 1 - 30 Rejab
Image via Shafiqolbu
7. Berselawat
Image via Shafiqolbu
8. Beristighfar pagi dan petang
Image via Shafiqolbu
9. Membaca surah Al-Ikhlas sekurang-kurangnya 11 kali setiap hari
Image via Shafiqolbu
10. Membaca al-Quran
Meneguhkan jiwa dan keimanan dengan memperbanyak bacaan al-Quran.
Image via Yatim mandiri
11. Istighfar yang sering diamalkan oleh Nabi Muhammad SAW
Rasulullah saw menganjurkan umatnya agar memperbanyakkan istighfar. Sesiapa meminta ampun (beristighfar) pada pagi dan petang 70 atau 100 kali di dalam bulan Rejab, diharamkan tubuhnya daripada api neraka. Dan banyakkanlah beristighfar pada Rejab kerana pada setiap saat dalamnya Allah menyelamatkan seorang daripada api neraka.
- Penghulu Istighfar adalah di antara istighfar yang diamalkan Baginda sepanjang Rejab.
- Istighfar paling baik dalam bulan Rejab.
Image via Shafiqolbu
Image via Shafiqolbu
Kelebihan bulan Rejab:
1. Berpuasa pada Khamis pertama bulan Rejab, InsyaAllah syurga akan menjadi bahagiannya
2. Di dalam Syurga ada sebatang sungai yang dinamakan ‘Rejab’. Ia lebih putih dari susu, lebih dingin dari ais dan lebih manis dari madu. Barang siapa yang berpuasa sehari dalam bulan Rejab, maka Allah akan mengurniakannya minuman dari sungai itu (Hadis)
3. Berpuasa pada 1 Rejab, akan menghapuskan dosa-dosa kecilnya (al-Jami’us Shaghir)
4. Nabi Adam pernah bertanya kepada Allah mengenai hari yang paling disukaiNya
FirmanNya:
“Nisfu Rejab: Sesiapa yang menghampirkan dirinya dengan puasa, solat sunat, bersedekah dan beristigfar, permohonannya akan dikabulkan, dosanya akan diampunkan dengan bersedekah dan berzikir serta akan menjaga diri dari melakukan maksiat. Syurgalah bahagiaannya”
5. Pada malam 15 dan 27 rejab, dianjurkan agar mengerjakan solat sunat sebanyak 12 rakaat dengan 6 salam
Pada setiap rakaat hendaklah dibacakan al-Fatihah dengan sebarang surah.
Selepas memberikan salam, baca zikir ini:
Maha Suci Allah. Segala puji-pujian bagi Allah dan tiada Tuhan melainkan Allah, Allah Maha Besar.”
Image via Akuislam
Disambung dengan istigfar sebanyak 100 kali.
Yang bermaksud:
"Aku memohon keampunan dari Allah yang Maha Agung, tiada Tuhan melainkan Dia yang hidup, yang berdiri dengan sendirinya dan aku bertaubat kepadaNya”
Kemudian selesai sahaja bertasbih dan beristigfar, berdoalah apa sahaja demi kebaikan diri sendiri dan keesokan hari hendaklah kita berpuasa selama sehari (Imam Ghazali)
Image via Akuislam
6. Daripada Ibnu Abbas, Rasulullah SAW bersabda,
Barang siapa membaca ayat ini pada bulan Rejab, Syaaban dan Ramadan di antara Zohor dengan Asar
Image via Akuislam
Yang bermaksud:
"Aku memohon keampunan dari Allah yang Maha Agung, tiada Tuhan melainkan Dia yang hidup, yang berdiri dengan sendirinya dan aku bertaubat kepadaNya, taubat seorang hamba yang zalim, tiada yang menguasai akan diriNya, tidak ada yang dapat membuat, menolak mudarat, manfaat dan tidak ada yang dapat menguasai kematian dan hidup serta kebangkitan”
Nescaya dua malaikat akan disuruh menghapuskan semua kejahatannya.
7. Barang siapa berpuasa sehari dalam bulan Rejab, seolah-olah dia berpuasa selama 1000 tahun dan seolah-olah memerdekakan 1000 hamba sahaya. Barang siapa bersedekah 1000 dinar, dicatat setiap helai rambut dan bulu yang ada di badannya 1000 kebajikan, diangkat 1000 darjatnya, dihapuskan darinya 1000 kejahatan dan dicatat juga sedekahnya itu akan beroleh ganjaran 10 kali pahala haji dan umrah, serta didirikan untuknya Gedung di Syurga (Salman al-Farisi)
Semoga tuhan ampunkan segala dosa-dosa kita. Aamiin Ya Rabbal Alamin.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!
Image via SAYS Seismik
Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:
Leave a comment