Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

Khairul Aming & Sofyank Dipuji Hasilkan Videografik Terangkan Apa Berlaku Di Bumi Palestin

Penerangan yang sangat bagus.

Cover image via @khairulaming (X)

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Umum mengetahui konflik yang berlaku di Palestin dan Israel yang semakin hari bertambah buruk

Serangan tentera Israel kini telah memusnahkan Semenanjung Gaza yang menyebabkan hampir 1.4 juta warga Palestin kehilangan tempat tinggal terpaksa berlindung di bandar Rafah.

Sudah tentu perkara ini amat menyedihkan buat kita apabila tahu keadaan saudara Islam kita di sana yang kekurangan bekalan makanan dan sebagainya.

Namun, tidak semua yang faham apa sebenarnya terjadi di sana dan mengapa. Tambahan lagi buat mereka yang bukan beragama Islam.

Baru-baru ini, pempegaruh terkenal Khairul Aming dan Sofyank telah bergabung dan menerangkan apa yang terjadi di sana.

Image via @khairulaming (X)

Kongsi videografik tentang apa yang sebenarnya sedang berlaku di Palestin

Menerusi video yang dimuat naik, Khairul Aming memberitahu ini adalah kolaborasi pertama di antara dia dan Sofyank.

Mereka membuat video untuk menerangkan apa yang sebenarnya berlaku di Palestin dan bagaimana keadaan yang dihadapi. Malah, ia turut menjelaskan peperangan ini bukan hanya sekadar konflik semata-mata.

"My first collab dengan Sofyank dan kami nak hasilkan video infografik untuk terangkan apa yang berlaku di Palestin adalah satu genocide dan bukan konflik atau perang semata-mata.

"Paling penting kami nak cerita situasi kritikal di Rafah dan Jabalia," tulisnya.

Dia juga menambah agar videografik yang dihasilkan itu dapat membantu masyarakat di luar sana untuk lebih memahami dan sedar tentang apa yang sedang berlaku.

Video penerangan itu ternyata mendapat pujian ramai yang bangga akan usaha dilakukan oleh dua orang anak muda itu.

Lihat video penuh itu di bawah:

Semoga kita semua sedar akan kekejaman yang dilakukan Israel ini terhadap bumi Palestin.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment