seismik

Pemilik Rumah Dikecam Gara-Gara Jadikan Ruang Tamu Untuk Bilik Sewa - "Siap Letak Katil!"

Macam ini punya sewa pun ada ya?

Cover image via Property Guru (Gambar sekadar hiasan) & Mat Dan (Facebook)

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Bagi penyewa, tentu agak sukar untuk mencari harga rumah atau bilik sewa yang berpatutan sekarang ini bukan?

Ditambah pula dengan peningkatan harga sewaan rumah sekarang ini. Tidak dinafikan ianya agak mahal kerana ekonomi yang tidak menentu.

Namun, sebagai pemilik rumah, anda juga perlulah bertimbang rasa dan memikirkan juga keselesaan penyewa. 

Hal ini kerana tular di media sosial apabila seorang pemilik rumah yang dikecam gara-gara menyewakan ruang tamu rumahnya dengan harga yang tidak masuk akal.

Gambar sekadar hiasan.

Image via Property Guru

Letak katil di ruang tamu dan sewakan

Menerusi sebuah posting di Facebook, seorang individu telah berkongsi perbualan WhatsApp di antara pemilik rumah dan penyewa.

Difahamkan, individu itu bertanyakan harga bilik sewa di rumahnya. Namun, dia terkejut selepas mendapat tahu rupa-rupanya pemilik rumah itu tidak menyewakan bilik, malah menyewakan ruang tamu rumahnya.

Lebih mengejutkan, pemilik itu memberitahu di ruang tamu itu terdapat satu katil single.

Lihat posting itu di bawah:

Level lain betul tuan rumah ni siap sewakan ruang tamu sekali :')

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: