Isteri Masuk ICU Sebab Penat Urus Anak, Suami Menyesal Tak Dengar Rintihan Pasangan
Suami kena faham situasi isteri yang menjaga anak.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Menjadi suri rumah bukanlah satu tugasan yang mudah
Kebiasaannya, suri rumah ini bagi isteri yang tidak bekerja dan menjaga anak-anak di rumah. Dari luaran mungkin kita boleh kata ia adalah kerja 'mudah', tetapi hanya mereka sahaja yang tahu.
Bayangkan perlu menguruskan rumah dan anak-anak dalam masa yang sama, pasti sukar buat mereka. Malah, ini juga boleh menganggu emosi para isteri.
Baru-baru ini, tular sebuah luahan apabila seorang suami meluahkan rasa kesalnya selepas isterinya dimasukkan ke dalam hospital dek kerana terlalu penat.
Pembuluh darah di kepala isteri pecah akibat penat buat kerja seharian
Menerusi perkongsian tersebut, seorang lelaki telah meluahkan rasa kesalnya terhadap isterinya selepas sahaja dimasukkan ke hospital.
Perkara itu berlaku selepas dia melihat isterinya yang juga seorang suri rumah pengsan menerusi CCTV rumah mereka. Dia terus pulang dan membawa isterinya mendapatkan rawatan.
Namun, isterinya telah dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) dan direhatkan. Doktor memberitahu pembuluh darah di kepala isterinya pecah akibat stres dan penat bekerja seharian.
Malah, dia juga menyesal kerana tidak mendengar rintihan isterinya yang memberitahu penat menguruskan anak-anak.
"Ye, aku tak nafikan wife aku pernah cakap dia penat uruskan anak-anak, tapi aku cakap sikit je tu. Budak-budak nak membesar memang buas sikit. Bersalahnya aku dekat dia.
"Aku harap wife aku sedar. Tiap kali aku jumpa dia, aku merayu aku menangis minta maaf. Aku rindu dia. Banyak sangat salah aku dekat dia. Kau bayangkan, nak bancuh susu anak pun aku tak tahu berapa oz sebab selama ni dia yang urus," tulisnya.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!