seismik

Ramai Boleh Relate Bila Tengok Papan Iklan Ini Di Jalan Raya- "Confuse Nak Exit Mana"

Ingatkan nama jalan dekat KL.

Cover image via @brgsjks (X)

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Setiap jalan yang kita lalu di jalan raya kebiasaannya mempunyai nama masing-masing

Ia juga bagi memudahkan kita untuk pergi ke mana dengan panduan nama jalan yang diberikan. Kadangkala bila sebut nama jalan saja pasti sudah tahu di mana ia terletak betul tak?

Kalau di jalan raya, tak sah rasanya kalau tak nampak papan iklan. Ini juga menjadi salah satu strategi pemasaran bagi mereka di luar sana. Sampai kita pun dah boleh hafal papan iklan ini terletak di jalan mana.

Namun, berbeza pula dengan papan iklan di sebuah jalan raya ini yang telah mengelirukan ramai.

Image via @brgsjks (X)

Minta pihak berkuasa turunkan sebab keliru

Menerusi perkongsian di laman X, seorang individu menunjukkan beberapa keping gambar papan iklan di jalan raya yang sedikit mengelirukan.

Menurutnya, dia meminta agar papan iklan itu diturunkan kerana keliru mahu keluar ke jalan mana. Dalam papan iklan itu terpapar nama tempat di pelbagai negara seperti New York, Auckland, Bangkok, Hong Kong dan Tokyo dengan arah anak panah di bawahnya.

"Mohon billboard ini diturunkan segera sebab kadang-kadang mengelirukan sedikit nak exit mana ingatkan Tokyo dengan New York kat KL rupa-rupanya tak," tulisnya.

"Aku setiap kali lalu sini rasa macam siapalah yang buat billboard macam ni" - Netizen

Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati netizen turut memberikan pelbagai reaksi mereka selepas melihatnya.

Ketika artikel ini ditulis, posting itu telah meraih 376 repost dan 639 likes di laman X.

Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di laman X:

Image via @brgsjks (X)
Image via @brgsjks (X)
Image via @brgsjks (X)
Image via @brgsjks (X)
Image via @brgsjks (X)

Lihat posting itu di bawah:

Macam tak sesuai juga letak papan iklan macam ini dekat tengah jalan raya.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: