Kim Seri Akhirnya Mohon Maaf, Janji Bayar Semua Hutang Client Sebelum 1 Februari
Kim Seri juga pasrah jika hidup berakhir di jeriji besi.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Pempengaruh, Kim Seri akhirnya memohon maaf kepada pelanggan yang terkesan dengan ralat trip pakej pelancongan di bawah syarikat miliknya
Menerusi kenyataan di Instagram, Kim Seri, 39, atau nama sebenarnya Seri Azlina memberi jaminan akan menyelesaikan tunggakan wang kepada pelanggan yang terlibat sebelum atau pada 1 Februari 2025.
Menurutnya, dokumen akan diberikan kepada semua pelanggan yang telah membuat tempahan sebelum ini.
"Pertama sekali saya ingin meminta maaf dengan setulus hati atas segala kebimbangan dan kesulitan yang telah saya timbulkan.
"Saya memohon agar anda dapat memahami bahawa pada masa ini, saya tidak dapat untuk melunaskan jumlah pemulangan secara sekaligus.
"Namun begitu, saya ingin memberi jaminan bahawa saya akan menyelesaikan masalah ini melalui pelan pembayaran seperti berikut iaitu semua jumlah tertunggak akan dibayar sebelum atau pada 1 Februari 2025," katanya.
Image via @kimseri_eina (Instagram)
Pasrah jika hidup berakhir di jeriji besi
Menerusi IG story miliknya, Kim Seri turut memberitahu bahawa dia pasrah jika hidupnya berakhir di jeriji besi.
"Ia bukan lagi tentang rasa tenang dan takut, sekarang tentang redha dan pasrah. Setelah segala percubaan dalam menemukan jalan, ia masih didatangkan dengan pelbagai ujian. Jika hidupku akhirnya di jeriji besi? Jika jalanku nanti bawanya dengan rotan dan digantung tali? Aku pasrah," katanya.
Image via @kimseri_eina (Instagram)
Image via @kimseri_eina (Instagram)
Apa-apa pun, semoga Kim Seri dapat selesaikan semua masalah ini dengan tenang dan tak ulanginya lagi.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik
Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:
Leave a comment