KKM Menafikan Terdapat Wabak Baharu & Wad Hospital Penuh - "Tular Voice Note Palsu"
Jangan sebarkan berita yang belum sahih guys.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Baru-baru ini, tular sebuah rakaman voice note di aplikasi WhatsApp tentang penularan wabak baharu di Malaysia
Menurut sumber, voice note tersebut mendakwa katil di wad hospital telah penuh dan tidak mencukupi.
Selain mengulas kadar kematian semakin meningkat dalam kes 'brought in dead' (BID), rakaman suara tersebut juga mendakwa penularan wabak baharu daripada negara Afrika telah menyebabkan kematian mendadak dalam satu masa.
Image via Harian Metro
KKM tegaskan voice note itu palsu
Terbaru, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah memaklumkan menerusi akaun Facebook mereka bahawa voice note itu pernah tular pada tahun 2021 dan kini disebarkan secara berleluasa menerusi aplikasi whatsapp untuk menimbulkan keresahan orang awam.
"Sehubungan itu, orang ramai dipohon untuk tidak menyebarkan berita palsu ini yang boleh menimbulkan panik dalam kalangan masyarakat serta sentiasa berwaspada terhadap penularan wabak COVID-19 yang masih kekal di sekeliling kita.
"Pastikan anda mengambil langkah pencegahan kesihatan awam dengan sentiasa mengamalkan 3W, Elak 3S, lakukan ujian COVID-19 sekiranya bergejala, dapatkan vaksin COVID-19 termasuk dos penggalak, serta dapatkan rawatan awal dan antiviral Paxlovid sekiranya positif COVID-19," katanya.
Lihat posting itu di bawah:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik
Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:
Leave a comment