"Cita-Cita Saya Nak Jadi Mufti, Bukannya Doktor" - Dr Noor Hisham
Bekas Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah mendedahkan beliau tidak pernah berniat untuk menjadi seorang doktor.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Bekas Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham merupakan individu yang sangat penting bagi rakyat Malaysia ketika pandemik Covid-19 melanda beberapa tahun lalu
Bukan saja dikagumi rakyat tempatan, malah beliau juga diiktiraf di luar negara sehingga pernah tersenarai sebagai tiga doktor terbaik di dunia sewaktu berdepan pandemik Covid-19.
Baru-baru ini, stesen radio tempatan @bfmradiomy telah menemu bual Dr Noor Hisham tentang beberapa topik menerusi channel YouTube, termasuk cita-citanya sebelum menjadi doktor.
Baru-baru ini, stesen radio tempatan @bfmradiomy telah menemubual Dr Noor Hisham tentang beberapa topik menerusi channel YouTube, termasuk cita-citanya sebelum menjadi doktor.
Pernah bercita-cita untuk menjadi pegawai agama ataupun seorang mufti
Menurut sumber, ketika di bangku sekolah, beliau tidak pernah berniat untuk menjadi seorang doktor, tetapi lebih berminat untuk menjadi seorang pegawai agama ataupun seorang mufti.
"Bagaimanapun, ketika saya belajar di Kolej Islam Klang, saya dimasukkan ke dalam kelas aliran sains. Pada masa itu, saya tidak pasti sebab saya ingin masuk aliran sastera dan belajar agama.
"Namun, ustaz saya kata tak boleh. Katanya, kita sudah ada ramai pelajar dalam bidang agama. Tetapi sekarang kita tidak mempunyai doktor yang mencukupi," katanya.
Menurut beliau lagi, galakan daripada ustaz tersebut merupakan antara sebab utama beliau terus belajar dalam bidang sains dan kini bergelar seorang doktor.
Menurutnya lagi, ramai orang tidak tahu beliau bukanlah berasal daripada keluarga yang berada dan telah dibesarkan sebagai anak angkat oleh sebuah keluarga Cina.
Selepas beliau diambil sebagai anak angkat, ibu bapanya berpisah. Tidak lama kemudian, ibu angkatnya memeluk Islam ketika beliau berusia antara tiga hingga empat tahun.
“Jadi, pendedahan saya terhadap budaya lain menjadi semakin luas. Akhirnya, saya diambil sebagai anak angkat oleh seorang ustaz,” ujarnya.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!