seismik

Terkejut Kod QR Di Kaunter Bayaran Diubah, Pelanggan Kafe Ini Nyaris Jadi Mangsa Scammer

Nasib baik dia perasan!

Cover image via Yingzz Lim Dkj (Facebook)

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Zaman sekarang, kita perlu berhati-hati dalam membuat apa jua jenis transaksi supaya tidak menjadi mangsa scammer

Macam-macam cara yang mereka gunakan supaya dapat mencuri duit di dalam akaun bank pengguna, lebih-lebih lagi jika kita terleka atau tidak peka dengan duit keluar masuk.

Tular baru-baru ini di laman Facebook, seorang peniaga di Orakland Commerce Square Seremban hampir menjadi mangsa kepada penipuan menggunakan kod QR di kafe miliknya.

Menerusi posting yang dimuat naik, kafenya menjadi menerima sambutan meriah sejak pembukaannya beberapa bulan lalu. Namun, penipuan itu telah dikesan oleh salah seorang pelanggan kafe tersebut yang ragu-ragu dengan kod QR semasa ingin membuat bayaran.

Difahamkan, ketika pelanggan tersebut ingin membuat pembayaran, nama yang tertera adalah bukan milik kafe berkenaan.

Apa yang mengejutkan pemilik kafe itu adalah apabila dia mendapati kod QR yang tertera di kaunter pembayaran tersebut telah ditukar untuk membuat pembayaran kepada akaun individu yang tidak dikenali.

Malah, sistem CCTV di kafe berkenaan kebetulan tidak berfungsi dan menyebabkan identiti pelaku tidak dapat dikenal pasti.

Lihat posting itu di bawah:

Licik betul scammer tu ya, bila masa dia letak kod QR lain dekat kafe tu. Hmm.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: