Kolaborasi 'Chinese Calligraphy x Batik' Buat Ramai Netizen Teruja - "Malaysia Truly Asia"
Wah, menarik ni!
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Malaysia dikenali dengan sebuah negara yang kaya dengan seni dan budaya yang istimewa di mata dunia
Baru-baru ini, tular sebuah video di laman X memaparkan kolaborasi antara kaligrafi Cina dan batik yang menarik perhatian ramai warganet.
Menerusi video berdurasi 1 minit 24 saat yang dimuat naik oleh @FarahMohan, pelukis batik berbakat itu berkongsi proses menjayakan kolaborasi bersama Daniel Tham (Tham Hoe Yean) iaitu pelukis kaligrafi profesional di Malaysia.
Image via @FarahMohan (X)
Image via @FarahMohan (X)
Image via @FarahMohan (X)
Lihat video itu di bawah:
Difahamkan, video tersebut merupakan promosi untuk Karnival Kaligrafi Dunia yang akan berlangsung pada November ini
Menurut laporan Sinar Harian, lebih 500 tulisan kaligrafi berusia 40 hingga 100 tahun akan dipamerkan pada Karnival Kaligrafi Dunia 2024 bertempat di Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia.
Program anjuran Gabungan Persatuan Kaligrafi Malaysia dengan kerjasama Kementerian Pelancongan Seni dan Budaya itu bakal mempamerkan seni kaligrafi daripada 48 buah negara bermula 1 hingga 10 November ini.
Presidennya, Ng Swee Kheng berkata, objektif penganjuran ini adalah untuk membantu mempopularkan semula dalam pada masa yang sama memulihara seni kaligrafi ini dari terus hilang ditelan zaman.
Image via Sinar Harian
Image via Sinar Harian
Terdahulu, Majlis pelancaran karnival berkenaan telah disempurnakan oleh Setiausaha Perhubungan Antarabangsa Kebudayaan, Kementerian Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan, Dr Christina Yeo Ken Yin.
Difahamkan, karnival ini bukan sahaja mengangkat tulisan kaligrafi Cina, malahan ianya juga turut mempamerkan gaya kaligrafi tulisan jawi.
"Ini merupakan salah satu daripada usaha kami untuk mengangkat keunikan seni dan budaya masyarakat dan kaum di Malaysia dengan konsep pada bingkai pameran ini yang turut mengenengahkan elemen batik dan juga songket," katanya.
Tambahnya lagi, karnival ini turut menjadi simbolik hubungan diplomatik antara Malaysia dan China.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik
Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:
Leave a comment