Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

Koleksi Edisi Terhad T-Shirt 'Mokky's Pizza x PMC' Bakal Dijual Pada Umum 27 Julai Ini

Sebanyak 150 helai T-shirt eksklusif bakal tersedia untuk dibeli pada harga RM119 setiap satu.

Cover image via @mokkyspizza (Instagram)

Follow kami di WhatsApp Channels, TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Ditubuhkan sejak tahun 2022, Mokky’s Pizza telah mengembangkan perniagaan mereka di pasaran dengan begitu ketara sekali

Pada Julai 2023, syarikat ini mengalami perubahan besar dengan pelancaran cawangan pertama di Bukit Jelutong.

Perkembangan ini didorong oleh usaha kolaboratif empat rakan kongsi yang berdedikasi, di mana semuanya bekerja bersama-sama untuk memastikan kejayaan jenama tersebut.

Untuk itu, buat julung-julung kalinya Mokky’s Pizza telah mengumumkan kerjasama pertamanya dengan jenama streetwear tempatan, Pestle & Mortar Clothing (PMC) baru-baru ini.

Image via @mokkyspizza (Instagram)

Image via @mokkyspizza (Instagram)

Pada hari Sabtu, 27 Julai ini, sebanyak 150 helai T-shirt eksklusif akan tersedia untuk dibeli pada harga RM119 setiap satu. Seramai 100 orang pelanggan pertama juga akan menerima keychain edisi terhad Mokky’s x PMC secara percuma.

Bagi meraikan perkongsian itu, sebuah acara tertutup telah diadakan di Mokky’s Bukit Tunku dari pukul 7 petang hingga 10 malam pada 23 Julai lalu.

Acara berkenaan juga dihadiri oleh pihak media, influencer, pelanggan VIP dan rakan-rakan. Tetamu turut menikmati pelbagai aktiviti menarik termasuklah "Customize Your Own Pizza Toppings" dan "Draw Your Dream Pizza Box."

Kolaborasi ikonik kedai piza dengan jenama streetwear tempatan dalam hasilkan koleksi edisi terhad T-shirt yang menarik

“Kami sangat berbangga dengan projek ini. Kami tidak menyangka dapat menguruskan acara yang begitu berjaya semasa kami meraikan ulang tahun pertama sejak memulakan perniagaan pada Julai 2023.

"Kami pasti akan menjalin lebih banyak kerjasama pada masa hadapan untuk memastikan jenama kami dikenali secara meluas,” kata CEO Mokky’s Food Services, Umar Abdul Aziz.

Dalam pada itu, Pengasas Bersama Mokky’s Food Services, Muhammad Azfar Abdul Aziz, idea untuk kerjasama itu muncul kerana PMC adalah pemain utama dalam komuniti streetwear, dan jenama itu sendiri mempunyai kehadiran yang sangat kuat.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik lain hanya di SAYS Seismik:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment