Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

Kompilasi Iklan Merdeka Sempena Hari Kebangsaan, Hari Malaysia 2024 Yang Wajib Anda Tonton

Selamat menyambut Hari Kebangsaan yang ke-67 dan Hari Malaysia 2024!

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Umum sedia maklum, tahun ini rakyat Malaysia bakal menyambut Hari Kebangsaan yang ke-67 tahun sejak negara ini merdeka pada 31 Ogos 1957

Kita perlu bersyukur kerana di Malaysia negara kita masih aman dan damai tanpa sebarang penjajah.

Tak lengkap rasanya bulan kemerdekaan ini kalau tiada iklan sempena hari Merdeka betul tak? Tahun ini tidak kurang juga hebatnya iklan-iklan yang dikongsikan.

Jika anda belum sempat melihat, jom kami kongsikan kepada anda antara kompilasi iklan merdeka tahun ini di bawah:

1. Iklan Merdeka Choco Albab 2024 - "Kita Kan Sama"

‘Kita Kan Sama’ merupakan sebuah karya yang menyentuh hati dan mencerminkan semangat perpaduan dalam masyarakat pelbagai kaum di Malaysia.

Filem ini adalah sebuah adaptasi berdasarkan kisah benar yang mengisahkan tentang perjalanan seorang anak muda, Said Saiful Fazli Said Aluwi iaitu Pengasas Choco Albab yang menemui jati diri dan nilai persahabatan tanpa batas perbezaan kaum serta budaya.

2. Maxis Hari Kebangsaan & Hari Malaysia 2024 - Budi Pekerti

Semangat kemerdekaan bukan hanya sekadar mengibar Jalur Gemilang dengan penuh kebanggaan, tapi juga melalui sekecil budi yang menyumbang kepada kemajuan negara.

Tonton filem daripada Maxis yang bertemakan Hari Kebangsaan dan semangat ‘Jiwa Merdeka’ tahun ini, diinspirasikan oleh jasa sebenar seorang lelaki yang menjiwai makna kemerdekaan dengan budi pekerti lebih dari sekadar sambutan demi rasa cinta kepada negara.

3. Inilah #Malaysiaku - Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2024 Perodua

Iklan ini juga antara menarik yang anda perlu tonton. Perodua cuba untuk menghimpun pelbagai tradisi yang ada di Malaysia. Inilah #Malaysiaku - Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2024 Perodua.

4. Merdeka 2024 Takaful Malaysia - Mencari Aurora

Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri. Diselubungi salji yang tebal, berjayakah Zaki mencari Aurora? Jom saksikan Iklan Merdeka 2024 Takaful Malaysia – Mencari Aurora.

5. Etiqa Hari Kebangsaan 2024 - Gelombang

Pernahkah anda terfikir, budi baik sekecil mana pun mampu memberi impak yang lebih besar daripada yang kita bayangkan? Mempersembahkan, Filem Web Hari Kebagsaan 2024 Etiqa - Gelombang. Klik dan tonton sekarang!

6. Istimewa HKHM 2024 : JIWA MERDEKA

FINAS mempersembahkan sebuah video khas 'Jiwa Merdeka' yang diterbitkan sempena sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2024.

"Jiwa Merdeka" memaparkan kepada umum bahawa semangat jiwa merdeka dalam diri semua rakyat Malaysia masih kekal teguh walaupun sudah 67 tahun negara kecapi kebebasan dari penjajah. Ikuti penceritaan dari seorang askar veteran yang dilakonkan oleh pelakon veteran tanah air, Jalil Hamid.

7. Tune Talk Merdeka 2024: #TTJiwaMerdeka

Dari dulu hingga sekarang, Jiwa Merdeka kita tak pernah pudar. Adalah menjadi tanggungjawab kita sebagai rakyat Malaysia untuk cinta akan negara tak kira generasi, budaya atau latar belakang. Saksikan iklan Merdeka 2024 daripada Tune Talk ini.

8. Iklan Merdeka 2024 - SARJAN | KINOHIMITSU

Iklan Merdeka ini, Kinohimitsu bawakan dari pemerhatian mereka terhadap situasi yang telah melanda kebanyakan ibu bapa dan anak-anak yang sering terikat dengan gajet sehingga lupa terhadap adap dan kepentingan masa bersama keluarga.

Kadangkala kitalah yang menjadi jerat terhadap apa yang berlaku pada situasi sekarang tanpa kita sedar.

Semoga kisah Kinohimitsu bawakan ini dapat menjadi pedoman kepada yang lain.Semangat Patriotisme perlu dijiwai bukan sekadar simbolik. Anak pewaris bangsa, lindungi mereka bukan dihanyutkan kerana mereka penyambung warisan.

Selamat menyambut Hari Kebangsaan yang ke-67 dan Hari Malaysia 2024!

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment