seismik

'Kita Kan Sama' Kisah Benar, Saudagaar Asia Tampilkan Filem Pendek Sempena Hari Kebangsaan

Filem pendek 'Kita Kan Sama' itu kini boleh ditonton di laman YouTube.

Cover image via Choco Albab Official (YouTube)

Follow kami di WhatsApp Channels, TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Buat julung-julung kalinya, sempena menyambut Hari Kebangsaan Malaysia yang ke-67, Saudagaar Asia dengan bangganya mempersembahkan tayangan perdana filem pendek berjudul 'Kita Kan Sama' yang diinspirasi dari kisah sebenar

‘Kita Kan Sama’ merupakan sebuah karya yang menyentuh hati dan mencerminkan semangat perpaduan dalam masyarakat pelbagai kaum di Malaysia.

Filem ini adalah sebuah adaptasi berdasarkan kisah benar yang mengisahkan tentang perjalanan seorang anak muda, Said Saiful Fazli Said Aluwi iaitu Pengasas Choco Albab yang menemui jati diri dan nilai persahabatan tanpa batas perbezaan kaum serta budaya.

Pengasas Choco Albab, Said Saiful Fazli Said Aluwi

Image via Choco Albab Official (YouTube)

"Filem ini menyoroti pengalaman peribadi saya yang dibesarkan dalam suasana kampung yang harmoni. Sama seperti majoriti kanak-kanak lain di kampungnya, Joe (nama layar) membesar dengan gaya hidup sebagai anak Melayu dan mengamalkan cara hidup sebagai masyarakat Melayu.

"Namun, ketika Joe mengetahui asal-usulnya yang sebenar, beliau berhadapan dengan cabaran untuk menerima identiti baharu. Realiti bahawa beliau berketurunan India telah memberi satu kejutan pada diri.

"Perkara tersebut turut mempengaruhi hubungannya dengan rakan-rakan dari pelbagai kaum. Walau bagaimanapun ‘Kita Kan Sama’ membawa mesej yang kuat tentang pentingnya perpaduan dan kesamaan, serta bagaimana perbezaan budaya dan kaum sepatutnya menjadi kekuatan, bukannya halangan," katanya.

Mengajak semua rakyat Malaysia merenung kembali nilai-nilai yang telah menyatukan kita semua selama ini

Sementara itu, pengarah filem ini, Shafieq Hashim, menekankan bahawa naskhah ini adalah usaha untuk memperlihatkan realiti kehidupan masyarakat Malaysia yang penuh warna-warni.

"Melalui ‘Kita Kan Sama’, filem pendek ini diharap dapat menyampaikan bahawa persahabatan dan kasih sayang adalah unsur yang paling penting dalam membina semangat perpaduan dalam membentuk negara yang bersatu padu.

"Filem pendek ini juga bertujuan untuk mengajak semua rakyat Malaysia merenung kembali nilai-nilai yang telah menyatukan kita semua selama ini," kongsinya.

Tayangan perdana yang berlangsung di Choco Albab HQ disambut meriah dengan barisan jemputan pengedar syarikat dan pihak media.

Filem ini dijangka akan menjadi perbualan hangat dalam kalangan masyarakat, dengan harapan boleh memberi impak positif terhadap hubungan antara kaum di Malaysia.

Dalam pada itu, Choco Albab selaku penerbit utama, percaya bahawa filem ini bukan sekadar hiburan, tetapi satu usaha untuk mengukuhkan lagi perpaduan dan persefahaman dalam kalangan rakyat Malaysia.

Pihak syarikat berharap ‘Kita Kan Sama’ akan menyentuh hati setiap penonton dan mengingatkan kita semua tentang pentingnya menghargai perbezaan dan membina hubungan yang kukuh antara satu sama lain.

Tonton video penuh filem pendek di bawah:

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik lain hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: