Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

Bercerita Kesusahan Tanpa Ayah, Video Dua Beradik Palestin Menangis Ini Buat Ramai Sebak

Ayahnya telah syahid.

Cover image via @twtbiy (X)

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Baru-baru ini, gempar berita peperangan antara Palestin dan Israel yang masih tiada penghabisan

Ramai yang terkorban terutamanya rakyat Palestin hasil pengeboman daripada Israel. Disebabkan itu, ratusan nyawa terkorban termasuk yang dewasa mahupun kanak-kanak. 

Tular sebuah video di laman X yang memaparkan dua adik-beradik mengenang nasib mereka tentang kehilangan ayah telah mencuri tumpuan.

Apabila diwawancara, dua adik-beradik itu dilihat sedih semasa menceritakan kesusahan tiada ayahnya. 

"Pak cik percaya tak, setiap malam kami tidur dalam keadaan sejuk dan lapar. Kami tiada bekalan kayu api. Ayah kami telah syahid.

"Waktu ayah masih hidup, kami sentiasa ada kayu api. Baba memastikan kami agar tidak kesejukan. Kami sentiasa rasa hangat. Namun sekarang, segalanya sukar.

Ayah di sana (syurga) sedangkan kami di sini. Pak cik, apa dosa kami sehingga terpaksa kesejukan begini? Adakah mereka yang masih mempunyai ayah hidup seperti kami?" katanya. 

Image via @twtbiy (X)

"Ya Allah, kecil-kecil dah kena hadap semua ni. Yang tertentu saja mampu dapat" - Netizen

Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 298K views, 5K reposts dan 5K likes di laman X, rata-rata netizen turut memberikan pelbagai reaksi masing-masing.

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di X:

Image via @twtbiy (X)

Image via @twtbiy (X)

Image via @twtbiy (X)

Lihat video penuh itu di bawah:

Kesiannya, semoga Allah lindungi mereka, Amin.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment