Kongsi Kewajipan Sebagai Umat Islam, Aeril Zafrel Bayar Zakat Dengan Jumlah RM1.15 Juta
Alhamdulillah, banyak tu.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Zakat adalah mengeluarkan harta tertentu dengan kadar tertentu mengikut syarat-syarat tertentu untuk diagihkan kepada golongan tertentu
Sebagai umat Islam, kita wajib untuk membayar zakat. Malah, zakat adalah salah satu daripada rukun Islam yang kelima.
Baru-baru ini, tular apabila selebriti dan usahawan Aeril Zafrel berkongsi dia telah membayar zakat dengan jumlah yang sangat banyak.
Image via @aerilzafrel8 (TikTok)
Ramai puji Aeril Zafrel dan Wawa Zainal
Menerusi video tersebut, kelihatan Aeril Zafrel dilihat sudah membayar zakat ke atas dirinya, isteri dan syarikat untuk tahun ini.
Apa yang lebih menarik perhatian adalah jumlah bayaran zakatnya adalah sebanyak RM1.15 juta kepada wakil Lembaga Zakat Selangor.
Sebelum itu, isterinya, Wawa Zainal dilihat menulis jumlah tersebut di atas sekeping cek sebelum ianya diserahkan kepada wakil berkenaan.
"Inilah lah yang kita nak bila Melayu semua kaya-kaya" - Netizen
Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut memberikan pelbagai pujian mereka kepada pasangan selebriti itu.
Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 329.7K views, 21.1K likes dan 579 comments di TikTok.
Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di TikTok:
Image via @aerilzafrel8 (TikTok)
Image via @aerilzafrel8 (TikTok)
Image via @aerilzafrel8 (TikTok)
Image via @aerilzafrel8 (TikTok)
Lihat video itu di bawah:
Alhamdulillah, contoh yang baik buat kita semua :)
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik
Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:
Leave a comment