seismik

Boleh Ke Saman Tunang Sebab Batalkan Majlis Perkahwinan? Ini Jawapan Lawyer

Kena beringat.

Cover image via @lawyerwanazmir (TikTok) & Wolipop

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Banyak sekarang kes seperti pembatalan majlis tunang, perkahwinan yang berlaku di dalam masyarakat kita

Sudah tentu perkara ini pasti mengecewakan pasangan yang ingin berkahwin. Tetapi, apakan daya jika itu kemahuannya.

Malah, mereka mungkin sudah berhabis ratusan dan ribuan ringgit untuk majlis berkenaan. Tahukah anda sebenarnya anda boleh menyaman tunang anda jika dia membatalkan majlis perkahwinan.

Menerusi video daripada lawyer Datuk Wan Azmir di laman TikToknya, dia berkongsi persoalan bolehkah jika seseorang menyaman tunangnya kerana telah membatalkan perkahwinan mereka.

"Boleh, jika anda mengalami sebarang kerugian kewangan akibat pembatalan tersebut, seperti perbelanjaan yang dikeluarkan untuk majlis perkahwinan.

"Anda boleh mendapatkan pampasan daripada tunang anda jika mereka berjanji untuk membayar balik perbelanjaan ini," tulisnya.

Malah, dia juga menasihatkan supaya menyimpan resit sebagai bukti perbelanjaan anda.

"Tiba dia cakap tak ada janji nak bayar balik kos semua. Pishang lah" - Netizen

Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut memberikan pelbagai reaksi. Ada juga yang mengusik rupa lawyer berkenaan yang dikatakan kacak.

Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih 266.5K views, 7,063 likes dan 83 comments di TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di bawah:

Jangan senang-senang nak batalkan kahwin tu :P

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: