seismik

[VIDEO] 'Tube Girl' Kini Di Malaysia, Kali Ini Buat Trend Viral Dalam MRT Pula

You go girl!

Cover image via @sabrinabahsoon (TikTok)

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Tentu rata-rata di sini yang pernah mendengar dan tahu tentang gadis yang digelar 'tube girl' kan?

Sabrina Bahsoon atau lebih dikenali dengan Tube Girl baru-baru ini telah pulang ke tanah air Malaysia selepas lama menetap di London, United Kingdom.

Difahamkan, dia pulang ke Malaysia kerana ibunya adalah seorang rakyat Malaysia dan mereka datang untuk melawat ahli keluarga yang sudah lama tidak berjumpa.

Malah, dia juga sempat mengambil peluang untuk merasai sendiri pengalaman merakam video di dalam MRT di Malaysia untuk pengikutnya.

Dia mula popular selepas memuat naik video lip syncnya di dalam keretapi di London menjadi fenomena di TikTok sehingga mendapat perhatian seluruh dunia.

Tidak hanya itu, dia juga mendapat liputan media di sana dan telah meraih perhatian selebriti seperti Bella Poarch, Troye Sivan dan ramai lagi.

"Aku pula yang nervous tengok dia buat dalam MRT" - Netizen

Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut memberikan reaksi teruja mereka untuk melihat video yang dihasilkan dan memberi pelbagai reaksi.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 632.3K views, 52.1K likes dan 801 comments di TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di TikTok:

Lihat video itu di bawah:

@sabrinabahsoon BTS of my first MRT #tubegirl video, shoutout to my parents for assisting in the #tubegirleffect original sound - Sabrina Bahsoon
@sabrinabahsoon Replying to @Yuullllll here to provide Jamming out on the MRT might be my fav so far #tubegirl #tubegirleffect In the night - Trendy Treasure

Akhirnya dia buat trend dalam MRT Malaysia! :D

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: